Bagi trip ke Germany-Austria-Italy selama 8h7m dengan kos hanya RM 3,310 untuk tiket KUL-FRA-KUL dan Ground Handling ( pengangkutan + penginapan + makan ) RM 1,630, adalah AMAT BERBALOI dan MURAH. Hmmm...kos Ground Handling bagi org lain adalah sebanyak RM 3,500 tp aku dpt special price sbb mjadi tukang masak sepanjang di sana utk 36 org peserta. Wp tidak pernah memasak utk portion seramai itu, tp kerana nak harga murah, aku "I DO" kan aja masa organizer offer tawaran tu.
Apa yg dimasak?. Menu tghari dan malam mesti ada nasi putih, lauk dan sayur. Sarapan pulak, nasi goreng dan sandwich sardin. Senang je lah kan...setakat telur dadar, tomyam sayur, ayam masak merah, etc. Dan kontrak memasak ini hanya berkuatkuasa utk 3 hari sbb kami tinggal di homestay yang ada dapur. Manakala utk 4 hari berikutnya, aku hya perlu memasak nasi putih ( sbb tinggal di hotel ) dan last day ...sarapan baget dicicah bersama mushroom soup. So, wp tak lah terer memasak sgt, tp sesiapa pun boleh buat menu tu kan?.
Kali ni, aku join MEC ataupun dikenali sebagai Malaysian Explorers Club
melalui FB. Bukannya kenal pun. Nasib baik...semuanya berjalan baik.
Tiada unsur penipuan wp tak pernah jumpa. Bersangka baik je masa bank-in
kan duit.
Hari 1: Sabtu 15 Nov 2014
Selepas leper bontot akibat flight selama 12 jam 30 min, akhirnya smpila kami kat Frankfurt Main Int'l Airport pd pkl 6.40 am waktu tempatan. Lama juga mnunggu kat situ sbb perkhidmatan kereta sewa hya dibuka pada pkl 8.30 pg.
Dgn kepala ku yg masih pening, kami meneruskan perjalanan sejauh lbh kurang 7 jam ( sbb tersesat ) ke Apartments Residents Montana, Antholz Valley, Northern Italy. Pinggang terasa nak patah. Nasib baiklah pemandangan begitu cantik dengan pokok2 pain berwarna oren keperangan dan hijau bertompok2.
Ni pemandangan dr balkoni apartment. Tak sampai hati nak tidur dgn pemandangan secantik ini.
Selepas beberapa kali berhenti ( utk membuang air dan singgah supermarket ), akhirnya sampailah kami ke tempat yang dituju sekitar 7 mlm. Tp gelapnya mak aiiii...Bygkan pkl 5 ptg dah gelap gelita. Mmg awal gelap terutama musim autumn/winter. Selesai je check-in kat bilik 59, tugas sebagai Chef terus berkuatkuasa serta merta.
Penginapan: Apartments Residence Montana, Pitzaecker, 20, 39030 Rasun di Sopra, Italy. ( 3 star ) Rated 9/10 by 52 reviews. Ada kat Booking.com.
Bukan nak promote, ttp berada di sini langsung tak teringat rumah. Di tepi2 tingkap dihiasi dengan pasu kecil bunga hidup, di dinding dihiasi dengan rama2 buatan, nombor bilik dicat dgn font klasik. Sungguh bercirikan Italy!. I LIKE!. Tak mcm homestay kat Malaysia. Seriously...Ditambah oleh layanan mesra Fabian. Aww....
Ni la Fabian, anak empunya Apartments Residence Montana.
Hari 2: Ahad 16 Nov 2014
Hari ni kami ke Innsbruck, Austria. Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam ( tidak termasuk sesat ). Inssbruck ni dulunya merupakan tempat Olimpik musim sejuk berlangsung dan destinasi ski dan alps yg kaw-kaw tp sayang seribu kali sayang, tempat itu ditutup sebab sedang diselenggarakan utk ski disember nnt. Hmmm...destinasi seterusnya ialah pekan lama Inssbruck dan mcm biasala, aktiviti mcari2 Fridge Magnet, bgambal2, makan2 dsb.
Love the scenary...snow-caped mountain, crystal clear river and 1 sriking-pink chick. Oppsss...
Hari 3: Isnin 17 Nov 2014
Hari ni aku memakai 3 lapis bj sbb nak ke Cortina de Ampezzo. Ia merupakan Ski-resort yg top dan pernah menjadi venue utk Olimpik musim sejuk. Cuaca hari ini sangat cerah. Tidak seperti 2 hari sebelum ini yang mendung.
Hmmm...pemandangan yg x dpt di Malaysia kan?.
Bagi yg tidak pernah melihat pemandangan putih sejauh mata memandang ( cthnya aku ), mmg terpukau sekali dan agak jakun sedikit la. Masa kami datang tu, takde Mat Saleh pun yg merayau2 kat situ baik main ski atau pun berparagliding. Org Malaysia je...Kami la!. Org putih pun takut keluar masa winter...org Melayu siap buat kuak kupu2 lagi atas salji. Haha. Kebetulan tmpt ni pun tgh diselenggarakan utk kejohanan Ski disember nnt. Jd, bila kami je kat situ...umpama Passo Pordoi yg bketinggian 2239 a.s.l tu kami la yg punya.
Hari 4: Selasa 18 Nov 2014
Hari ni, dgn berat hati terpaksa meninggalkan Apartments Residence Montana untuk ke Lake Garda dan Verona, Italy. Lake Garda merupakan tasik yang terbesar di Italy, berkeluasan 370 km persegi. Secara peribadi, tempatnya biasa2 je. Kedai pun byk yg tutup...jd utk menghabiskan masa 1 jam 30 minit di sini, kami pun memasuki istana "medieval" dgn kos sebanyak 4 Euro.
Pemandangan dari atas istana.
Pada pkl 2 ptg, kami bergerak ke Verona. Tempat ni sangat happening dan
sgtlah bestnya sbb disitulah terletaknya Coliseum, Casa di Giulietta (
Rumah Juliet ), deretan butik barangan berjenama dan Pasar Malam yg menjual pelbagai cenderahati Verona.
Hari 5: Rabu 19 Nov 2014
Yeay...hari ni kami pergi ke Venice. Kami mengambil bot sapu dengan byrn 10 Euro utk trip pergi dan balik. Harga utk bot awam ialah 13 Euro utk sekali trip...tetapi singgah2 kat beberapa port. Memandangkan port yang happening hanyalah kat Piazza San Marco dan demi mjimatkan 3 Euro, kami memilih utuk mengambil bot sapu. Tak perlu di cari..mcm teksi sapu kat KLIA jg...ada org yg berlegar2 kat situ yg menawarkan perkhidmatan bot sapu berhampiran dengan port bot awam.
5 jam diperuntukkan di sini. Jadi kami berlima, aku, Linda, Jaki, Ejam dan Zack jln bersama. Mmg inilah geng dlm kumpulan kami dan Zacklah yg selalu menjadi mangsa menjadi fotografer kami. Merayau2 sekitar Venice dan mencari 10 spot menarik di Venice dan kami dapat hanya 6 daripadanya. Selain membelanjakan 13 Euro untuk Fridge Magnet Venice Hard Rock Cafe, kami berkesempatan utk merasa makanan Italy tidak lain dan tidak bukan Pizza seafood sebagai mknn tengahari dgn kos 14 Euro seorang.
Dari Kanan: Linda, Ejam, Zack dan Jaki
Abdul, salah seorang pekerja di Restoran Pizza yang begitu peramah dan 'helpful'.
Adalah menjadi kerugian apabila tidak mencuba menaiki Gondola. Harga untuk sekali trip adalah 80 Euro dan boleh memuatkan sehingga 6 orang bagi sebuah Gondola. Malangnya the 3 guys tidak berminat. Kalau aku dan Linda je naik berdua, kos akan menjadi 40 Euro seorang ( sekitar RM 170 ). Mahal tu...Mode saat itu- KECIWA YANG TERAMAT!.
Hari 6: Khamis 20 Nov 2014
Hari ni kami check-out dari Ibis Htl, Padova setelah tidur 2 mlm di sini. Hmm...tiada yg special kat htl ni. Jauh dari bandar, jd mmg tak ke mana2 la sbb jauh dr sebarang kedai. Cerek pun tidak ada disediakan jadi memang breakfast kat Bar Htl. Utk 2 hari berturut2, kami mengambil set Break-fast yang terdiri dari sebiji Croissant yg sungguh nyums, secawan minuman panas dan secawan jus dengan harga 3.50 Euro. Set buffet ada juga disediakan dengan harga 8 Euro. Bg kami, set Break-fast sdh cukup dan mengenyangkan.
Kalau ikutkan Google Maps, jarak dari Ibis Htl, Padova ke Meininger Htl, Salzburg adalah 460 km. Mgkin jg la sbb hanya 3 kali berhenti, kami sampai ke htl tersebut sekitar 3 petang. Slps Check-in, kami bergegas memanjangkan kaki menjejak istana Hohensalzburg kerana menurut penyambut tetamu htl, istana ditutup pada pukul 5 ptg.
Menaiki bas bernombor 4 dengan kos 2.50 Euro, kami sampai ke perhentian bas yang paling hampir dengan Rumah Mozart. Tidak hairanlah jika dikatakan Salzburg dikatakan Sound of Music City kerana disinilah juga pementasan Filem Sound Of Music.
Kad hotel Meininger. Kat atas bukit tu la istana Hohensalzburg.
Selain tu, hanya kami yg berjaya sampai ke Museum der Modeme. Abang Duta, selaku penganjur yang dah beberapa kali dtg ke Salsburg pun belum sampai sini yer. Dr sini, pengunjung boleh melihat panorama bandar Salzburg. Kos untuk Panorama View ini adalah 3.40 Euro.
Kelihatan Istana Hohensalzburg, Dome dan Univ. Of Salzburg.
Hari 7: Jumaat 21 Nov 2014.
Hari yg amat ku tunggu2 kerana akan ke Bavaria, Selatan Jerman untuk menjejaki istana seperti dalam Fairy Tales Disney, iaitu Istana Nueschwanstein. Aduh...susah nya nak sebut. Ok...ini cara sebutan yg btl: noy-shvanh-shtine. Haha...mesti liur tersembur2 kan?. Terletak berdekatan ttp di bawah bukit ialah istana Hohenschwangau.
Schloss Neuschwanstein atau Istana Neuschwanstein.
Istana Hohenschwangau. Macamana nak sebut...hahaha...pandai2la...
Kesilapan terbesar yg kami buat hr itu ialah slps mbeli tiket utk tour dlm istana ( dalam Bahasa English ) adalah tidak terus naik bas ( tiket bas 1.6 Euro sehala ) untuk ke Istana. Sebaliknya, kerana ada 1 jam lagi sebelum tour bermula, kami mkn nasi berlaukkan serunding dulu. Salah satunya sbb kelaparan juga la. Sudahnya, kami terlepas tour dalam istana yang bermula pada jam 12.55. Bukan boleh sebarangan masuk. Kena berada di court yard pada masa yg tertera pada tiket. Hmmm...bukan sedih sbb rugi 12 Euro ...tp bila lg nak ke sini?. Dr Salzburg je dah 6 jam driving...pengangkutan awam pun mmg tak de. Tgk pelawat yg ramai pun dr Korea/ Jepun je. Maksudnya...mmg tempat ini tak begitu popular di kalangan tour operator memandangkan lokasinya yg agak jaaaaaaaaaauh dan boleh memakan masa 1 hari perjalanan utk pergi dan balik. Can U feel how dissapointed I was???.
Dengan hati yg kecewa, tetapi berpura2 REDHO, kami balik ke Nuremberg, Jerman. Inilah final stop kami sebelum bertolak esoknya ke Airport Frankfurt Main. Mlm ni bermalam kat Ibis Budget Htl. 9 kali tawaf highway nak ke htl ni. Arah yg diberikan oleh GPS tak betul. Cobaan btl la. Nasib baik masuk simpang yg tak berlampu dan tya org yg kebtln mbuang sampah kat tepi jalan masa tu. Haha. Baru la jumpa slps petrol kereta hampir habis sbb tawaf 9 kali di jalan yg sama. Hahaha. Kenangan btllah. Sampai satu masa tu aku mbaca Surah Alamnashrah utk dipermudahkan dan diperlihatkan jalan menuju ke hotel. Cobaan...
Nasib baik bmlm kat htl ni utk satu mlm je. Bersih mmg bersih...cuma pintu bathroomnya...SEE THROUGH, lutsinar sbb kaca je. Masa aku mandi, aku dah warning Linda awal2 agar jgn sesekali pandang blkg...Aku terasa semasa sedang mandi diperhatikan oleh orang lain. Sangat tidak selesa dan terpaksa menghadap dinding sepanjang masa. Langsung tidak menghadap pintu...walaupun sama2 perempuan, malu itu masih ada beb.
Cubaan menghabiskan bekalan makanan yg dibawa dr Msia.
Sepanjang hidup aku mengembara, belum pernah aku mkn mlm kat laluan di luar bilik htl. Haha. Heran org putih tgk kami bpiknik dgn gembiranya. Tp entah knp, malam tu aku rasa puas dan kekenyangan. Sesekali menghantam sambal hitam ikan bilis, sambal kering kentang, sambal ikan kering, serunding dan pelbagai lauk kering, mcm SADAP yg teramat sgt pulak. Kan sblm ni kami hantam italiano food yg cheezy2 aje...
Rasanya itu je la setakat ni. Takde sgt cerita kat Frankfurt Main Int'l Airport. Sejujurnya, aku amat bpuashati dgn trip ini. Jaki dan Ejam yg asalnya orang asing kini menjadi kawan baik. Sedih jg semasa bpisah dgn yg lain kat KLIA. Kenangan main salji, merakam vid 360, gmbr melompat dan sebagainya akan mjadi sebahagian kenangan terindah dalam hidup ku. Chewahhh...Oklah. Chow dulu. 2 hari jg ni mengarang entri kali ni. Byeee...
3 comments:
pewwwwiittt... i likeee
hmmmm......lain kali ajak sia yaa.....
Mna tu gmbr lain...ndakn ni sja...istana ngn apartments d montana tu baa..
Post a Comment