Saturday, June 18, 2011

ParaGliding Accuracy World Cup (PGAWC) Sabah 2011

Selepas meluangkan 3 hari bersama keluarga (sekembalinya dr Padang, Indonesia selama seminggu), aku 'outstation' lagi ke Ranau untuk bertugas sebagai secretariat PGAWC yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah dan merupakan acara terbesar dalam dunia PG di Malaysia. Orang yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran ini ialah Lt. Kol. (B) Basir B. Rahman. Selama 3 tahun penglibatan aku dlm dunia PG ini, paling2 pertandingan Spot Landing antara kelab2 PG di Msia je yg ku dengar (itu pun tak penah masuk bertanding...hehe). Aku terus menawarkan diri untuk membantu apa2 yg patut sebaik mendengar pengesahan event ini sebulan yang lepas (kebetulan juga masa event ni masa cuti sekolah. Yo yo o la aku offer diri).

7hb Jun: Sesampainya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 7.15 mlm dan terus menunggu ketibaan peserta2 dari Indonesia dan Slovenia. Wah... senang je kenal. Tak perlu tulis di kertas lagi. Sapa yang bawa beg yg lebih saiz, mmg sah bawa glider la tu. Bersembang dengan seorang Mat Saleh, bla..bla..bla...pengalaman dalam PG 24 tahun. Mak aiiiii...lama tu. Terasa diri begitu kerdil (mmg pun kerdil jika berdiri sebelah menyebelah. Kat bawah ketiak dia je). Sembang lagi dengan peserta dr Indonesia, dan mengetahui bahawa Mat Saleh yg dibawa bersembang tadi adalah pemenang ranking pertama World Cup yang berlangsung di Puncak, Indonesia seminggu yang lepas. WOW!. What a feeling when U R surrounded by top paragliders!

Jalan2 cari boot dr htl ke Jesselton. Tiang2 ni menarik perhatian ku.

8hb Jun: Hr ni merayau sorang2 kat Bandaraya KK utk membeli sepasang boot PG dan topi. Boot lama dah sedekah kat sorg pilot PG ppn masa kat Padang. Almaklumlah, takut excess luggage sbb byk beli kain sulam Bukit Tinggi. Hr ni juga berhimpit dlm Hilux macam sardin selama lebih kurang 2 jam dgn Msian PGliders yg baru sampai dari semenanjung untuk ke Ranau. Hr ni, kerja2 penambahbaikan Take-Off (TO) dan Landing Zone (LDZ) sedang berlangsung. 'Sasaran' ditimbus dengan pasir, TO dilebarkan, semak2 ditebas, tandas dibina dll.

Ruang angkasa Kg. Dilek Lohan penuh warna warni.

9hb Jun: Yeah...Kerja sedang menanti. Pendaftaran peserta, check-in hotel, bagi T-shirt/tag/brosure/voucher makan, claim yuran peserta yang belum jelas, sahkan lesen PG/ insurans, undi turutan terbang dll semuanya perlu disetelkan hari ini. Jumlah peserta ialah seramai 57 orang peserta ( 8 dr Taiwan, 4 Slovenia, 2 Hungary, 1 Japan, 8 Indonesia, 12 China, 4 Serbia, 1 Qatar, 3 Montenegro dan 11 Malaysia. Paling sukar berurusan dengan peserta dari China. Ada satu peringkat, aku memanggil seorang pilot Malaysia menjadi penterjemah untuk mempastikan mesej aku sampai kat dorg dan sebaliknya. Hehe. Aku sungguh lega bila jwpn dorg, "tui...tui"(btl...btl). Begitu penat!. Sehingga tak larat nak mandi. Cuma cuci muka dan terus ZZZzzzzzzzz................

Datuk Masidi Manjun diiringi Dato' Seri Tengku Adlin merasmikan PGAWC

10hb Jun: Seawal 8.00 pagi, taklimat pertandingan di Landing Zone untuk kesemua pilots dan taklimat untuk semua officials. Masih lagi menyambung tugas2 semalam untuk peserta dr Hungary dan Montenegro kerana mereka baru sampai lewat malam semalam. Hari ini, 2 penerbangan sahaja dilakukan. Sekali utk Round 1 official attempt (percubaan sahaja) dan Round 1 (Mata dicatat dan ditandatangan oleh setiap peserta). Cuaca begitu panas sehingga memeningkan kepala dan aku mengambil kesempatan 1 jam 30 min rehat (menghormati solat jumaat) utk balik ke hotel dan mandi. Kalau geng Mat Saleh itu, dengarnya mandi berbogel kat sungai sebelah LDZ. Haha. Masa org terbang kat atas, dorg siap sound, "No picture". PANAS!!!!!!

24 thn pengalaman. Matjaz Feraric dr Slovenia. Kali ni jatuh ke ranking no. 3.

11hb Jun: Cuaca agak mendung, awan rendah tapi keadaan angin ok. Hari ini, cuaca berubah2. 2 kali acara terhenti kerana hujan dan angin 'tail-wind'. Walaupun begitu, 4 round penerbangan dapat dilangsungkan hari ini. Walaupun kepenatan, semua gembira kerana tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan tiada rungutan/bantahan daripada peserta diterima. Sehingga ini sahaja la aku berkhidmat utk PGAWC ini. Acara penutupan pada 12hb Jun bermula 7.30 mlm namun aku harus 'menarik diri' kerana pukul 7.45 pg esok, berangkat balik ke Tawau.

Team Malaysia. Malaysia Boleh!

Dan berikut adalah keputusan PGAWC Sabah, 2011. Tahniah utk semua pemenang dan yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

4 comments:

norzah said...

Wah dah dekat dua minggu baru terbaca entry baru u, Cikgu. Pasti hebat sekali pengalaman bersama paragliders terhandal dari seluruh dunia. Catitan kali ni memang menarik tapi sebagai petugas sekretariat, bukan peserta pertandingan. I would love to hear more cerita2 lucu peserta2 tu, seperti kisah dia org mandi berbogel. Of course u were not there, otherwise haru-biru jugak kan? Kes berjimpit2 dlm Hillux tu syok juga tapi tak ada gambar u terjepit antara gergasi2 dari luarnegeri tu. Nak tengok u terpenyek atau tidak. So, apa lagi insiden yg jadi kenangan?

mummy anne said...

Haha..sy dgr cerita dorg mandi bogel tu pun dari seorg peserta ppn Indonesia masa mkn malam. Skrg ni, mata kata nak, tapi hati kata jangan. Minda buat pilihan jangan. Kena jaga pandangan, percakapan, perbuatan skrg Norzah. Mesti ada perbezaan sblm dan slps bergelar Hajah. Hehe. Byk kenangan manis, terutama semasa peserta2 landing. Susah nak cerita. Kena tgk sendiri. Tapi mmg saya gembira gn event itu.

norzah said...

Saya agak konfius, mummy anne atau hjh Su yg membuat catitan di atas. Cikgu pakai notebook atau i pad Mummy Anne agaknya ya? Ya saya setuju cakap, pandangan dan pemikiran mesti berubah sedikit lepas jadi seorang Hajah. Tapi please don't change your sense of humor. The smile and the sense of humor are your signature tune.

lt kol (B) Basir said...

Salam,

Terlebih dahulu saya mohon jutaan maaf jika terkasar kata atau tersalah bahasa. Bukan sengaja tetapi sebagai seorang manusia biasa tidak mungkin sunyi dari kesalahan. Lebih2 lagi bila tekanan memuncak ketika menjadi Penganjur PGAWC SABAH ni. Namun saya amat berterima kasih diatas semua individu, organisasi dan sesiapa saja malah orang ramai yang turut menyumbang kearah kejayaan acara ini. Thanks again for your contribution and sorry for any misunderstanding. This is a very good write up. Lt Kol (B) Basir