Wednesday, January 26, 2011

Sehari menjadi "DOKTOR ON CALL".

Bermula 25 sehingga 28 Jan, SM Teknik Tawau mengadakan orientasi untuk pelajar Ting. 4. Aku dilantik menjadi AJK Kesihatan dan dijadualkan bertugas pada pukul 8.30 - 10.30 mlm selasa itu. Hmm... oklah jg masuk J/K ni, bukan susah mana pun... Kalau budak mengadu sakit, tya dorg sakit apa, lps tu bagi ubat dr First Aid Box bergantung kepada sakitnya atau suruh je dorg rehat, dan kalau taknak tanggung risiko, hantar je ke hospital. Habis cerita. Hehe...aku pun bukannya tau buat CPR (Cardiopulmonary resuscitation) ataupun Cium Peluk Ramas. Haaaaa...itu CPR versi Mummy Anne. Hehe

Nak dijadikan cerita, mlm tu ada 9 org pelajar yang mengadu sakit. Hmm...manja bdk2 ni. Baru brapa jam orientasi. Bukan ada buli membuli pun...Tp yelah kan, setiap aduan kena ambil perhatian. Manalah tau, kita tak ambil peduli, kalau tgh mlm sakit dorg 'menjadi' pulak, sapa nak tanggungjawab?. Sebelum tidur terganggu dan untuk mengelakkan sesuatu yg buruk terjadi, lbih baiklah aku bertindak awal...

Sesampainya di hospital, kami pergi ke Bah. Kecemasan. Aku tak tahu pun yg Jabatan Pesakit Luar dibuka sehingga 10.30 mlm. Maklumlah, jarang ke hospital. Bangunan Hospital pulak terdiri dari bangunan baru dan bangunan lama. Kami masuk dari bangunan baru manakala Jab. Pesakit Luar terletak di bangunan lama. Agak jauh jg la berjalan selepas turn left, turn right, go straight, no belok2. Untuk mempastikan laluan yg dilalui adalah betul, penulis bertanya kepada seorang Security Guard yang sedang bertugas. Hmm...mulanya penulis agak kasihan melihatkan Security Guard itu, bertugas dikala org sedang tidur, sehinggakan aku melihat dia tertunduk2 memegang log book dalam keadaaan duduk condong 45 darjah ke depan. Dpt bygkan tak?.
"Mgkin tlampau mengantuk dia ni?. Kesian...Sorang2 kena berjaga mlm demi mencari sesuap nasi". Bisik hati kecil ku. Aku pun menyapa lembut abg Security Guard tu, "Errr...di mana Jab. Pesakit Luar ya?". Dia pun berdiri sambil menunjuk arah dan di kala itu jugalah aku melihat sesuatu yg tidak patut dilihat. Aku terlihat skrin handphone yang tersembunyi di balik Log Book yang dipegangnya..."Pesal pelik sgt wall papernya ni?. Aku tgk kali kedua... Astaghfirullah... sedang bergerak2, rupanya aksi LUCAH yang melampau, yang memfokuskan 'bahagian itu' sahaja". Hmmm... menyesal aku simpati dgnnya tadi. Rupanya tertunduk menonton video lucah. Patut tertunduk2 sambil memegang Log Book. Takut diketahui orang mungkin. Biarlah...masing2 dgn cara masing2...Sendiri kena ingat dan sendiri kena jawabla nnt...Tak nak komen lebih2...

2 comments:

mummy anne said...

hahaha... pak guard tu tgh balajar praktikal CPR versi mummy anne la tuh... br je i nak kesiankan pak guard tu, tp... haih... xda gunanya! nasib baik la iman hajjah suhaila terpelihara...

Si Yoyop Bah... said...

Alhamdulillah..mudah2n. InsyaAllah...