Friday, September 10, 2010

Selamat menyambut Hari Kemenangan...

Selepas sebulan berpuasa (wp penulis cuma berpuasa 2/3 dari sebulan sahaja), maka tibalah hari untuk seluruh umat Musliman & Muslimat menyambut hari kemenangan. Kemenangan selepas berjaya menahan pelbagai nafsu di siang hari. Hari yang ditunggu2 oleh penulis dengan harapan Raya kali ini "berbeza" dengan Raya yang lepas2. Hmmmm....mcm sama juga. Terima Kasih Jaime kerana menelefon di awal pagi. U really make my day. Untuk cerita selanjutnya, we'll just wait & c. Di masa dan saluran yang lain. Bicara antara 'Gadis Resah' dengan 'Kak Sri Siantan'. Ok Jaime?.

Spoil pula jari kelingking tu.

Seperti biasa, menu kali ini ialah ketupat pulut, ketupat nasi, 3 batang lemang (org bagi) dimakan bersama rendang daging dan sate ayam. Penulis makan sikit sahaja memandangkan ada lagi 'reunion' dgn kawan2 sekolah menengah pada 13hb nnt. Penulis mengelak makan banyak, dikhuatiri kebaya yg baru dibeli untuk tujuan reunion itu tidak muat!. Haha. Penulis perlu menampilkan susuk tubuh yang masih maintain, terurus dan VOLUPTUOUS selepas tidak berjumpa mereka selama 16 tahun.

Antara biskut raya 'hasil tangan' penulis.

Petang ini, penulis bersama keluarga akan mengunjungi sedara mara terdekat. Mungkin esok lagi penulis akan menulis, kerana esok kami sekeluarga menganjurkan rumah terbuka 2in1- bersama dgn Aunty Pong. Menu utama esok ialah Nasi Beriyani Yoyop (so, surely U know the chef la kan?) dan Mee Hoon Kari Pong. So, jemputlah datang ke rumah esok ya. Hasta manana...

5 comments:

rambomadonna said...

Hampir hangus ikan yang aku tgh goreng sebab terlalu excited mau baca entri mu ini hahaha ... yalah lambat bah loading page ni. Berukben cvrge sini mcm chipsmore.

Cantik baju raya ko tahun nie. Tak sabar rasanya Kak Sri Siantan nak tgk baju kebaya putih Gadis Resah untuk renunion nanti... lebih2 lagi dgn pasangannya.

Mungkinkah baju kebaya putih itu membawa seribu makna???

Si Yoyop Bah... said...

Hehehe...Tq. kainnya beli kat Padang, Indonesia hr tu. Ada 3 kain lagi. Hr tu nak hantar, tp tukang jahit tak terima lagi. Ntah la, kali ni macam nak melaram je. Kenapa tu haaa?

Semoga baju kebaya putih itu membawa seribu makna, tp ... mcm Gadis Resah dtg sendiri la. Oh tidakkkkkkkkkkkk!

Mudah2n the 'miracle' do happen. I'm praying hard 4 that. Jgnla segala yg dirancang x jd pulak. Mesti 'Gadis resah' itu berlinangan dengan air mata nnt. :(

norzah said...

Nasi briyani Yoyop, hebat bunyinya dan tentu sedap sekali. Dari persiapan yang dibuat ternyata sambutan aidilfitri kali adalah paling istimewa dan pasti kerana sebab-sebab isyimewa pula.
Terimalah ucapan aidilfitri istimewa yang terlambat sedikit kerana ana diderang demam flu. Sekarang sudah rasa ok ,Yy, dan terima ksih kerana ucapan getwell anda. Selamat hariraya aidilfitri, maaf lahir batin dan muga-muga yng ditunggu kan segera tiba.

Si Yoyop Bah... said...

Hehe. Tq Norzah. Better late than never.

MiN said...

nak tengok kebaya putih tuuu