Hmmm...2 hujung minggu kebelakangan ni, penulis sibuk membuat persiapan raya. Sehari sejenis biskut, jadi minggu ni dah masuk 4 jenis biskut yang dah dibuat. Nama2 biskut penulis kurang arif la, tp ada biskut chocolate chips, white chocolate chips, raisin + oat dan cornflakes. Kakak penulis, Kak Uji yang mengadun, penulis tolong mana2 yg patut seperti mem'bentuk' adunan2 tersebut. Hehe.
Dan pagi tadi, kami membuat biskut cornflakes. Penulis membantu memarut kulit limau sunkist,
Kulit limau yg dah diparut + limau yg dah lunyai diparut.
dan mengkepal2 adunan sebelum dimasukkan ke dalam paper cup sblm dibakar di dalam oven.Ni resepinya.
1 kotak kecil Kellogs Cornflakes (diramas...ewwww. Mcm tak biasa kan?).
100 g mentega (lagi afdal kalau guna Dairy Wood Churns Butter. Lemak berkrim disukai ramai).
75 g gula ising.
125 g tepung jagung.
1 biji kuning telur.
2 biji kulit limau oren (tp lg byk lgi sodap. Pastikan tak dipaut sehingga lapisan putih. Pahit nnt adunan tu).
Sedikit esen oren.
Tepung gandum secukupnya.
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega + gula ising.
2. Masukkan telur.
3. Masukkan tepung jagung + kulit limau.
4. Masukkan cornflakes yg dah DIRAMAS.
5. Masukkan tepung gandum secukupnya.
6. Bulat2kan dan masukkan ke dalam paper cup.
7. Bakar di dalam oven ( 170 -180 degree Celcius selama 11 minit. Sblm tu, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu yang sama selama lbh kurang 10 minit. )
Selamat mencuba...
Kalau si Yoyop boleh buat, takkanlah pembaca yg terer tak leh kottttt....Hehehe
6 comments:
Amboi cikgu ... rajin nyer buat kuih raya tahun nie. Ada makna yang tersirat ker? Nampak gaya biskut raya tu mcm sengaja dibuat lebih. Ada orang pesan atau saja dipesan ker cikgu. Banyak tanya pulak yer cikgu.
Biasalah cikgu, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan (malas nak jolok cempedak byk2).
Hmmm...tiap2 thn pun akan buat rmh terbuka. Tp tak tahulah kalau ada penambahan tetamu kali ni..Hihihi
oh lupa pulak ada tetamu tambahan yer cikgu. Cukup2 lah rumah terbuka tu dipenuhi dengan budak2 sekolah tadika kan ... nak jugak dipenuhi dengan "budak-budak" yang tak perlu pergi sekolah.
Kalau perempuan tetap perempuan yg lelaki pula tetap lelaki: lebih jadi tukang makan kueh dari tukang buat kueh kecuali jika menjadi chef.
Nampaknya Cikgu Yy mengeluarkan semua cooking talentnya menjelang hariraya kali ini. Dalam membantu kakaknya juga menjadi jurulapor prosidur yng terlibat menyediakan kuah-kueh itu. Mis Rambo must be right in suspecting that selain dari murid-murid ada yang tak perlu pergi sekolah lagi yang nak datang.
Selamat hariraya, Cikgu and may all your expectations come through.
Selamat Hari raya. Maaf zahir & 'batin'jg Norzah. kelakar la komen2 dr korang berdua ni. Hihi. U guys really make my day!. Tq
waaaaaaaaaahhhh.. buat kuehh bukan acara kegemaran kuuu
Post a Comment