Monday, May 31, 2010

Hasta manana...

Ini merupakan entri terakhir bulan ini, sebelum entri seterusnya ditulis 3 minggu dr skrg. Oleh itu, penulis ingin berkongsi beberapa perkara kepada para pembaca sekalian.

1. Birthday May-nia: telah diadakan pada 30hb. Sambutan hari jadi kali ini lbh kpd aktiviti makan mlm bersama ahli keluarga terdekat. Dan kami yg bergelar wanita dewasa sibuk menyiapkan juadah masing2. Penulis menyediakan sayap ayam, sotong dan ikan pari bakar, dicicah dgn kicap berlada yg sungguhh....pedas melopos...

2. Happy Gawai dan Kotobian Tadau Kaamatan. Hari ini, 31hb merupakan hari cuti umum bg pemastautin di negeri Sabah. Semoga padi yg ditanam membuahkan hasil yg lumayan.

3. Hari ni jg penulis mendapatkan suntikan Vitamin C dgn harapan antibodi semakin kuat. Kepala penulis pening2 sejak smlm, bukan dsbbkan kurang tidur, mata rabun mahupun gastrik. Adakah kerana 2 hari sblm ni penulis melantak beriyani kambing ditambah pula dgn Roasted chicken with black paper sauce dan Potato Salad semlm?. Tp, doktor kata bukan disebabkan darah tinggi...Ntahlah, mgkin disebabkan cuaca panas yg melampau.

Rasanya setakat ni lah dulu. Sorilah, template blog tetap sama dan tiada gmbr untuk entri kali ini. Hasta manana amigossss.....

13 comments:

norzah said...

Wow, 2 hari melantak bryani kambing dengan roasted chicken dan hari ni (Mei 31) menjamu selera lagi dengan chicken wings, sotong dan ikan pari bakar. Kalau tak ada hypertension (darah tingg) Yy, pening-pening kepala tu mungkin disebabkan uric acid u melambung tinggi (lebih 9 atau 10), Pergilah periksa darah, Kalau betul, kena makan pill Zyloric.

So, selamat cuti hari Tadau Keamatan dan seterusnya.3 minggu takkan menulis blog ya, untuk ke Padang dan ke Somban dan Bahau. Muga-muga pengembaraan kali ini akan membawa seribu kenangan manis dan serubu cerita baru untuk blog akan datang. Hasta lavista, hasta luego, hasta manyana....sinorita,,,dah banyak lupa bahasa espanyol ni.

Si Yoyop Bah... said...

Biasanya kalau over dose mcm ni, mkn buah je lps tu. Minum air panas pun yg tanpa susu. Mgkin jglah sbb uric asid. Ni nak plan minum green tea lps ni. Biasanya malas nak jumpa doktor. Otomatik tau apa tindakan yg kena buat. Hahaha...Sbb biasa tjadi.

Tu la..sy guna hp biasa je, bukan blackberry ataupun iPhone. So, tak dptlah connect to inet. Tak pe, saje je biarkan Norzah ghindu den. Hahaha

rambomadonna said...

Duit berjuta-juta kek bank tu ko bolilah Blackberry Sue Ella. Hahaha

I sekarang dah kurang makan seafood. Takut allergic. Entah kenapa boleh allergic bila makan seafood secara berlebihan.

Den tak sabor lah nak ke Bangkok next week. Nyum nyum Tom Yum. Nak tgk heritage building and try Chieng Mai Homestay!

Si Yoyop Bah... said...

Duit br juta2 Rupiah.Kalau hp skrg ni dah tak boleh pki, insyaAllah akan dituko. Tp bukan blackberry la. Iphone lain yg lbh nipis,kecil.

Sama la kita. Tak boleh makan seafood berlbhn jg ni. Dah jmpa doktor hr tu. Bila bgtau dia, "Sblm ni x alergi pun mkn seafood", doktor tu reply, "Skrg umur sdh btmbah maaa...Skrg sdh x mcm dulu lg". Adussss...laser btl doktor cina tua ni. Hahahah

Btw, ko ke sana atas urusan rasmi atau peribadi?.

norzah said...

Nampaknya Cik Pengarah kita nak jalan-jalan sakan. Bangkok, Chieng Mai, Bandung entah mana lagi. U pun Yy nak ke Padang, Somban, Bahau. I dah poi semuo tu,dah sampai ke Alma Atta di Russia bebertaoa tahun dulu. So now nak poi ke Gua Murut, Lembah Abang (?),naik Bukit Angsi, entah bukit mano lai nak naik dan lembah mano lai nak turun. Nak nanti oghang pelancungan rekomen.
Tentang tak boleh makan seafood berlebihan lagi kerana umur dah bertambah, jgn takutlah, Obat semakin banyak, doktor semakin ramai. Cuma makanan seafood tu kata oghang tua-tua gata, kalau yg itu berlebih-lebihan memang syusyah.
Hospital pun tak ado ubek e. Ubek e cuma ada di Pulau Kah Win. Itu kato oghang tuo-tuo, bukan kato den, yo!

Si Yoyop Bah... said...

Pulau Kah Win?. Kek mano tu?.

Wow, bestnya ekau Norzah. Dah smpi Russia. Kami 2 br nak bertapak ke negharo oghang...Tp, selamatkah Bkk utk dikunjungi skrg?.

norzah said...

Pulau Kah Win tak tau, Cikgu? Potong 'h' rapatkan dua syllable tu (ka dan win), jumpolah de. Tentang selamat atau tidak poi ke Russia, i dulu ada seminar WHO. Nak poi sdn tak taulah; sekarang ni mana ada negeri yng 100% selamat! Bali pun bahaya. Tempat paling happening dan murah ialah Brazil, tapi bahaya juga sekarang. Paling selamat Ulu Bendul, N9 hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Naive nya anak dara sorg ni..Bukannya apa Norzah, byk tmpt2 kat semenanjung tu I tak tahu..Manalah tau btl ada Pulau Kah win..Kan byk nama pelik2 mcm Menggatal, Janda Baik, dll.

norzah said...

Betul, Yy, memang banyak tempat dgn nama-nama ganjil seperti Tasik Dayang Bunting, Paantai Cinta Berahi (dah tukar nama) dll. I don't blame you jika tak dapat tangkap erti pergi ke pulau kawin tu. Tapi pada pandangan i anak dara yg naive atau buat-buat naive tu lah yg cepatdirampas orang. Lelaki ingat nak perangkap dia, alih-alih si lelaki yg kena perangkap, hehehe. Yg terlalu smart dan susah di kelentung lelaki tu, buat mereka awas dan jaga-jaga. Kalau di barat yang dumb brunette itulah yg cepat dicekup lelaki, ya tak? The beauty with brain needs a man with more brain than her.Isy, aku dah keluar topik ni. Maaf ya?

Si Yoyop Bah... said...

Wahahahahahaha....Adui Norzah. Tgolak besau den dgn komen2 ekau. Tp seriusly, I masih tak dpt tangkap erti pergi ke pulau kawin tu. U mean g honeymoon ke?. Hahahaha. Tp napa I belum kena rampas lagi ni Norzah?. Hahahahahahahahaha...Bukan I je, kawan blog seangkatan I. U-no-hu rite

norzah said...

La.....poi pulau kawin tu maksudnya poikawinlah, ubek penyakit makan terlalu banyak sefood (gata). Eh,eh, buek-buek naive ke ni biar doreh kono rampeh? U dan yg sorang lagi tu lambek kena rampeh kerana terlalu smart. Sorang putri paragliding yg boleh tengok alam dari udara sorang lagi cik pengarah pelancungan sebuah pulau. Yg berani rampeh cuma orang macam Prince of Persia. Rampeh long termlah, rampeh kojap-kojap tu terserahlah pada yg empunya badan, hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Den rela dirampeh kalau Prince of Persia tu. Hehehe. Aduhai...sakit perut den tahan golak, sbb yg lain semua dah tidur...Mata den ni jo yg bulu tak nak bertemu bulu. Hahahahaha

norzah said...

Isy, den pun copek tidur mlm ni dlm pukul 11.20 agak e, sebaik balik dari keluar makan. Petng tadi jln dokek 3km. Tidur copek dan sekarang jaga semula (jam 1.50 pagi), buka internet dan terbaca blog Putri Paragliding Sabah menceritekan 10 petanda org yg cocok menjadi jodoh.
Untuk org yang belum disembar dan yg sudah menyembar - isy, bunyi burung elang menyembar ayam pulak, hehehe.
Kerana masih awal untuk sembahyang
tahjud (selalunya jam 3 am) biar den jwb komen Hasta Manana ni dulu,komen yg dibuek kerana tak mau tidur (Teringat sebuah teka-teki. Kalau tak bertemu bulu dengan bulu tak lelap tidur, apa dia? Jwbnya: bulu mata.) Tentang 10 petanda tu biar den komen esok pagi. Baru banyak ilham. Pukul 2 am ni lebih banyak mimpi. Mimpi sembar menyembar macam elang jantan.
Eh, dah panjang merapu ni. U tentu sedng nyenyak tidur. Rela disembar Prince of Persia. Kalau dapek mimpi dio datang, sok pagi
topok bantal kuek-kuek dan nyanyi lagu Biar berkikis bulu betis. Tak ada bulu betis buleh cukur bulu ketiak. Kalau itu pun tak ada,cabutlah bulu mata sehelai sebagai kenangan. Jangan banyak-banyak. Berair dia..menangih. Hehehe. C U Manana.