...akhirnya jatuh ke tanah juga. Dan begitulah yg terjadi kepada diri ini. Sepandai2 diri ini terbang tinggi melangit, akhirnya...terpaksa pararesting utk beberapa bulan.
Pada 27hb Feb (Sabtu), hati tidak berasa sedap. Muntah 2x sepanjang perjalanan dari KK ke Ranau. Tak terasa nak terbang pun wp sblm ni begitu beriya2 ingin berlatih spot landing utk pertandingan spot landing dlm masa 2 minggu lagi . Tp sbb esok dah nak balik, rugilah kalau datang tp tak terbang wp sekali. Akhirnya, terbang juga kat Take-Off 3 (TO3). Segala2nya berjalan lancar sehinggalah semasa hampir landing. Hmm...mgkin leg-rest/ speed-bar tsangkut pokok terap dan....arghhhhh....aku terjelepuk jatuh ke bumi dr ketinggian 30 kaki. Sakittttttt yang tak terhingga....dan tak boleh bergerak utk seketika. Arghhh....cuba gerakkan jari kaki, oh ok. Tp, mgkin patah tulang pinggang kot. Ntahlah, panik, takut, segalanya ada.
Aku terbaring di tanah, tidak bergerak. Ustaz Asnawi dan Sulim yg ada di situ berlari memberi pertolongan. Aku terpaksa dipapah untuk ke kereta. Dan membuat keputusan untuk terus ke Bahagian kecemasan Hospital Queen Elizabeth. Hasil keputusan X-Ray mendapati tulang pinggang, L1 retak. Ohhh...tidakkkk. Hampir tidak percaya. Aku hanya mahu balik dan tidak mahu memek(panggilan utk my mum) mengetahui tentang kemalangan ini.
Hmm...mahu tidak mahu, kena tahan juga kat Wad Orthopedik Wanita. Dtya itu dan ini, diperiksa itu dan ini. Lubang dubur pun kena check, ntah di check dengan apa, yg penting sakit. Nasib yg check tu Doktor perempuan. Nasib baiklah setiap sesuatu yang dia mahu buat dia akan maklumkan dan dia kata sorry, dengan lemah lembut.
Isnin ( 1 Mac 2010)- Hari ni buat Body Cast Fiberoptik. Kos utk 3 gelung Fiberoptik ialah RM 50 x 3 = RM 150. Tak pe. Nnt claim je dgn insurans. Slps ni, hya boleh lap badan, sbb ia tak leh dibuka, kena pakai 24 jam selama sebulan (bergantung kpd keputusan X-ray pd review berikutnya).
Selasa (2 Mac 2010) - Yeahhhh...hari ni dah boleh keluar wad. Tak sabar. Tbyg2 nak mkn McD, nak beraircond2 (sbb pki Body Cast ni PANAS) dan nak tgk tv/surf inet. Sbb ketiga2 benda ni tak dpt buat masa kat wad. Nak bersih kan badan throughly, etc. Dah boleh jalan sikit wp celah kangkang sebelah kiri agak sakit.
Rasanya setakat ini lah dulu memandangkan pinggang i pun dah mula sakit sbb duduk. Nak berbaring kejap. Jgn risau. I MC 2 minggu, disambung dgn cuti sekolah seminggu. Ada byk masa nak update blog lagi. Sehingga berjumpa lagi. Bye.
10 comments:
My broadband connection sucks since Tuesday and I tak dapat nak komen awal2. Nasib baik nothing worst happen. At least we still have you.
Anyway, looking forward nak tgk body Betty BOO you nanti. tak payah susah2 nak beli corset Beautiful dari Nijah hehehe
Ya ALLAH.. apa hang nih yop.. memek kata apaaa... nak tunjuk gakkkkkk body hang tuh kat unternet nihhhh.. ish!!!!
huh ni penangan terlebih lasak ni Kak SU...Get Well soon...
Rambomadonna: Kalau skrg ni the model orientation is 36-36-36, insyaAllah slps Body Cast dibuka nnt, aku pun tak dapat bygkan....perghhhh slimnya, with voloptious cut.
Min: Kun Fayakun Min. Blog aku jrg dibuka org Min. Tu yg ada brannn.....
Annie: Thanks 4 ur thought. Byk hikmah disebalik eksiden ni Annie.
Aku tgk gambar ko kena body cast tu macam body cast tu tak ada potongan. Jangan pulak orientasi model 36-36-36 bila dibuka hehehe
kan time baring, so the 'boops' jd leper n disuruh kembungkan perut spy mknn boleh masuk perut nnt. Kat rmh pki body cast ni je, ala2 ko pki tube. Mnyeksi sikit la.
cesss.. ada jugak nak bagi potongan dalam masa sakit nih..
Hahahaha...mesti selalu fikir +ve Min
ouch!
it must be hurt. very very right?
adoi..
for the 1st 2 days, it very2 hurt. tak dpt berdiri atas sblh kaki kiri dan tak dpt jln. Kena guna wheel chair.
Post a Comment