Monday, October 26, 2009

Berakhirnya suatu penantian...


***Bahagian Pertama***

Pd 23 Okt 2009 (Jumaat), berakhirlah penantian Kapt. Anijah Bte Miril di mana pada hari tersebut, dia telah mencapai puncak cinta bersama Arjuna pilihannya, Yahya atau Wan yg berasal dr Perak. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu juga.

Peluk, jangan tak peluk.

Keesokan harinya, majlis resepsi dipihaknya berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat Bajau dan protokol tentera. Oleh kerana begitu ramai tetamu yg hadir, Tamu Besar Kota Belud yg juga diadakan pada hari tersebut, sunyi tidak berpengunjung, seolah2 semua warga KB bertumpu ke majlis Ratu Sehari ini. Kami parking kereta pun jauh...nasib baik i pakai sandal je... senang sedikit cat-walk di jalan yg tak berturap tu.

I'm soooooo.... happy for you Nijah


***Bahagian Kedua***

Berakhirlah juga penantian penulis setelah bertemu rakan2 PG yg selama ini cuma ditemui setiap hari di alam maya. Kisah di sebalik pertemuan ini tidaklah perlu digembargemburkan di sini kerana penulis begitu malu dengan apa yg berlaku sebelum dan selepas pertemuan. Cukuplah Jaime, Suna dan Farid yang tahu...( Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ye ). Hahaha.

Once again, thank you Jaime for making my face "glowing".


***
Bahagian Ketiga***

Slps 1 bulan 2 minggu menunggu, penantianku berakhir dan akhirnya "ia" datang ke pangkuan ku. Dan slps ni, bermulalah perjalanan ku sebagai Professional Paraglider. Perghhh...

Aksi di atas ranjang ni...

Jadual latihan slps ni ialah pada 5-13 Disember, di Ranau. Dan apa yg membuatkan aku ternanti2 tarikh latihan keramat ini ialah geng NSSAC (Negeri Sembilan Sports Aviation Club) insyaAllah akan turut serta dan turut mengajar ku. Huhu.

5 comments:

rambomadonna said...

Ko jangan play2 ... sentuhan Bobby brown tu. Aku mau beli lah blusher dia X'mas nanti.

MiN said...

ala yop.. aku pun leh masuk .. tapiii.. saja jaa aku tak nak tunjuk... takut hang jeless

sun ah said...

***Bahagian Keempat***

Berakhirla musim kemarau..muncullah musim bunga..semoga harumnya berpanjangan hingga ke anak cucu..
Amin..

Si Yoyop Bah... said...

Huhu...Mmg ko best Suna. Amin ya rabbal alamin...

sd. said...

ha pelok jgn x pelok.

:D