Wednesday, February 25, 2009

Tak lurus, Bengkok!

Amaran: Grafik diklasifikasikan 18 SG.

Yeah, destinasi yang dimaksudkan ialah Bangkok, Thailand. Aku dan rakan sekerja (Lim Lay Yong), menjejakkan kaki ke negara Gajah Putih itu pada 22 Ogos 2005.

Sesampainya di Bangkok Int. Airport, kami disambut oleh tour guide yang bernama Aran. Dia bukan sahaja pandai melawak tetapi juga boleh bertutur Bahasa Melayu serba sedikit. Oleh kerana pada malam itu kami tidak mempunyai sebarang aktiviti, dia mencadangkan agar kami mengisi masa dengan sesuatu yang berfaedah seperti menonton "Tiger Show". Frankly speaking, I on aje tetapi memandangkan Lim seorang guru moral yang bermoral tinggi, dia tidak begitu bersetuju dengan cadangan tersebut. Jadi, kami pun memilih untuk menyaksikan sesuatu yang kurang dramatik sedikit, iaitu "Aqua Show". (Aqua a.k.a pondan).

Menantikan bermulanya Aqua Show ini, kami makan malam dulu dengan memesan nasi putih, teh lemon ais, kari ketam dan udang galah. Fuhhhh!!! Kecur air liur penulis mengingatkan kesedapan menu malam itu. Ingatkan currency yang murah, mesti murah juga harga udang galah ni. Sekali ditukar ke RM, it costs us RM300. Oohhh!!!. Ini baru malam pertama. Ada 4 hari lagi tinggal. Dompet dah kempis.

Di hadapan bangunan tempat berlangsungnya Aqua Show ini, kita seolah-olah berada di satu pertunjukan fashion. Wah!!! Para Aqua siap dengan perhiasan kepala, night-gown yang panjang dan busana yang 'bling2'. Tak caya?. Tengoklah sendiri...

Pose dgn 'Aqua' ni melibatkan kos 250 Baht (RM25). Sambil bergambar tu, mata siap melirik ke 'bahagian bawah'. Wow! 'Rata' U! Dah 'tukar' habis. Tapi, suara tetap garau.

Seperti juga pelancong lain, tak sah kalau kami tak merasai Thailand massage, menikmati live shows (James Bond kalau tak silap, Bird Show, Sea Lion Show dll) di Zoo Thailand, membeli cenderahati di Pat Pong Market dan naik perahu di Damneon Saduak (Floating Market) dan banyak lagi tempat dengan nama pelik-pelik dan berupaya membelitkan lidah menyebutnya.

Hebat betul pengalaman menaiki Tuk-Tuk (beca motosikal). Bayangkan, di tengah-tengah kesibukan lalu lintas kota Bangkok, topi yang dipakai oleh Lim terbang ditiup angin. Pemandu Tuk-tuk tu boleh 'reverse' untuk ambil balik topi yang terjatuh itu. Kami ketawa sehingga keluar air mata dengan insiden tersebut.

Kami sempat juga merasai pengalaman naik teksi Vios. Mana ada Vios dijadikan teksi di Malaysia ni. Paling2 pun, Waja je kat Tawau Bumi Peladang ni atau pun Avanza kat Kota Kinabalu.

Inferens penulis: Walaupun agak pesat membangun dan sibuk, ada beberapa kekurangan yang dikesan sepanjang berada di kota pelacuran ini. Antaranya, pembangunan di kota Metropolitan ini bercampur aduk. Masih banyak bangunan-bangunan buruk di tengah-tengah kota dan masih ada orang tidur di bawah 'fly-over'. Senario ini mencacatkan pemandangan dan alangkah baiknya, hal ini tidak berlaku di Kuala Lumpur.

Dapat juga dilihat, perniagaan berbau seks giat dijalankan. Untuk rekod, perniagaan pelacuran menjadi penyumbang kepada KDNK negara Thailand ini. Ini dapat dilihat dengan jelas tanpa bersuluh dari brosure2, premis2, cenderahati dan macam2 lagi. Patutlah orang Jepun merupakan pelancong utama ke sini. Selain 'murah', ada banyak 'pilihan'.

Tapi semua itu di tangan anda. Dan yang pasti, kami telah membuat keputusan yang tepat sepanjang berada di sini.

10 comments:

rambomadonna said...

Sue, nasib ko pakai tudung kalau tak sure ler pelancong jepun tuh confuse mana lelaki mana perempuan, mana aqua mana bukan ...

nuranne said...

Teksi Vios?!?!?! Bestnya...Mewah jg teksi sana...

Si Yoyop Bah... said...

Rambomadonna: Dgr suara la, konpom boleh tau mana jantan, mana betina.

Ju Hyeon: Ada company teksi khas yg own semua taxi service. Lepas tu baru disewakan kpd pemandu.

MiN said...

hahaha.. jaime buat lawak.. ditambah plak lawak penulis tuh.. yop.. pembaca nak buat pembetulan ejaan .. mencacatkan.. bukan mencatatkan.. harap maklum.. next journey pls..

rambomadonna said...

Sue: kalau "sport light" sudah kategori 80 Cup D, suara sudah tidak dapat membezakan jantan betina ...

Hehehe ... cuba ko dengar cara ko cakap dalam slang sabah (tawauan style) dengan cara diaorang cakap dalam slang Thai... siapa lagi lembut dan MENGGODA ...

Si Yoyop Bah... said...

Min: Ok, penulis akan membetulkan ralat. TQ kepada pembaca yg prihatin.

Rambomadonna: Rasanya I lagi menggoda kot. Ko baca je profile I tu

knsc said...

mo ikut ba pi thailand...

aku dengar cewek-cewek sana..eh salah..masakan di sana sedap-sedap...

heheheheh..

Si Yoyop Bah... said...

masakan sedap, cewek pun mantop. Haha

sd. said...

adakah anda pasti dengan pilihan yang dibuat?

ngeh ngeh.

*lokasi yang MESTI di kunjungi.

Si Yoyop Bah... said...

100% Pasti. Innama akmalu bin niyat.