Wednesday, January 22, 2020

Luahan rasa hati kecil Che Sue Ella...

Hari ini, isu status "single" Che Sue Ella menjadi perbualan lagi. Bukan sekali, tapi 2 kali. Sekali oleh rakan sekerja berlainan jantina dan sekali lagi oleh "Boss" di tempat kerja. Hmmm... concern rupanya diorang ni. Haha. Kalau sebelum ini, mungkin akan ku "sound" balik mereka-mereka yang menimbulkan isu itu, tetapi nampaknya, kali ini Che Sue Ella begitu matang menangani isu ini dengan baik sekali.

Walaupun status aku "single" tapi tu tidak bermakna aku tidak bahagia. Sesungguhnya, aku bahagia. Aku masih ada keluarga dan rakan-rakan yang menyayangi diriku seadanya. Aku juga tidak perlu menanggung siksa mengandung selama 9 bulan, menyusukan, berjaga malam dan sebagainya.  Tak payah aku susah payah memikirkan nak membasuh berak kencing "bibit-bibit" aku. Aku tak rasa sunyi pun sebab anak buah aku ramai. Bangun pagi pun, dorang akan masuk bilik aku dan ada sorang tidur dengan aku. Kalau aku sakit, ada yang boleh disuruh memicit kepala, kaki dan sebagainya. So, why bother?!. 



Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin jodohku lewat...mungkin juga tidak ada di dunia ni. Bukan aku tak mencari. Sebagai seorang Islam, aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Walaupun genggamannya kuat, namun jika bukan milik kita, pasti akan terlepas jua. Kalau sudah sampai jodohku, maka akan bertemulah ia pada masa yang ditentukan. Seperti juga ajal dan maut, bila tiba saatnya, tiada apa dan siapa dapat melewatkan mahupun mempercepatkannya walaupun sesaat. Jadi, kenapa harus mempersoalkan bila kah jodoh seseorang itu akan tiba sedangkan bila ajalnya tiba, tak pulak ko persoalkan?. Janganlah hanya kerana dah ada keluarga yang stabil, ko perlekehkan pula orang yang berstatus bujang. Sesungguhnya, rezeki orang itu lain- lain.

Aku memikirkan, adalah lebih baik aku hidup "single" daripada hidup dengan orang yang salah dan berada dalam "toxic relationship". Aku menyaksikan orang di sekeliling ku yang berkahwin tetapi menderita. Menderita dengan peél pasangan, mentua ataupun ipar duai. Aku hanya mampu mendengar je la bila isu-isu begini menjadi topik yang dibawangkan ketika makan dengan rakan sekerja. Nak komen lebih-lebih, macam tak layak. Daripada bercakap tapi menyakitkan hati orang lain, lebih baik lah berdiam. Cukuplah sekadar berkata di dalam hati, "syukurlah aku tak kahwin lagi".

Aku maksimakan segalanya dengan status "single" aku. Aku bebas ke sana ke sini tanpa kebenaran sesiapa, belanja duit aku sesuka hati, tak perlu melapor apa yang aku buat pada sesiapa dan buat apa saja yang aku suka. Walaupun begitu, aku tau la sempadan aku. Hakikatnya, ramai pula kawan-kawan aku yang dah berkahwin cemburukan gaya hidup aku. Bagi aku, setiap sesuatu tu mesti ada kos lepas lah kan?. When you have some, you'll loose some. Ko tak akan dapat semuanya apa yang ko nak. Cubalah belajar bersyukur.

Bagi aku, hidup ini adalah pilihan. Kalau ko nak bahagia, ada banyak cara untuk bahagia dan setiap orang lain caranya. Dan aku bahagia dengan cara aku. Bahagia aku bukanlah kepada berkahwin atau lebih tepat lagi untuk mendapatkan nikmat seks halal semata-mata sebagaimana yang diandaikan oleh sesetengah orang yang agak "kolot" dan "sempit" pemikirannya. Buka mata dan lihat dari mata burung dan bukan melihat dari bawah tempurung.

Sekianlah dulu coretan untuk hari ini. Kalau ada point yang nak ditambah, boleh tulis di ruangan komen. Walaupun pandangan kita berbeza, pandangan saya tidak sentiasa betul dan pandangan anda pun tidak akan dilabel salah.

Assalamulalaikum w.b.t.
Make Peace No War!.