Saturday, June 1, 2019

The day, I was at the lowest point of my life.

27 Ramadhan, atau secara tepatnya 27 Ramadhan 1423H bersamaan 2 Disember 2002, merupakan tarikh keramat buat aku. Yang akan ku ingat sampai bila-bila. It was the day Abah left us... and the day I was at the lowest point of my life!.

Segala yang berlaku pada hari ini, 17 tahun yang lalu, aku masih ingat dan dapat ceritakan satu persatu secara terperinci. Hari itu hari Isnin pagi, shift aku untuk menjaga Abah di Wad 2, Katil nombor 2, Hospital Besar Tawau. Aku ganti shift memek (panggilan untuk mak aku) yang menjaga Abah waktu malam. Bagi dia mandi, tidur sekejap dan bawa apa2 yang patut daripada rumah sebelum memulakan shiftnya menjaga pada waktu petang. Begitulah rutin kami berdua dalam masa 2 minggu. Mujur dah cuti sekolah akhir tahun masa tu. Kalau tak, tak tahulah macam mana sbb adik beradik yang lain tengah sambung belajar dan semuanya kat semenanjung. Aku je yang kat Tawau masa tu.

Aku yang mana satu?. Yang paling comel la.

Aku masih ingat, waktu itu waktu Zohor...sbb terdengar azan dari masjid berhampiran. Turut bersama aku, seorang makcik aku yang dipanggil Nyanya (juga sudah Arwah), pakcik Leslie dan pakcik Turman. Nyanya tengah menyuapkan bubur nasi. Selepas beberapa suap, Abah tersedak. Walaupun telah diurut belakangnya oleh Pakcik Les, tetap tak reda sedaknya. Sebab aku dah panik tak tau nak buat apa, aku pun panggil la Staff Nurse dan Doktor kat situ. Selepas dicheck, tirai dipasang di sekeliling katil. Mesin X-tray turut ditarik ke katil Abah. Kami berempat disuruh beredar dari situ. Aku mula rasa tak sedap hati. Dan mula berdoa agar mukjizat berlaku pada masa ini. Aku tak pernah rasa betul-betul takut dan berdoa bersungguh-sungguh sebelum itu. Aku nak sangat supaya perkara yang paling aku takuti tidak berlaku. Aku tak nak Abah mati. Aku tak nak hadapi kenyataan yang aku anak yatim dan tak berbapa. Aku pun telefonlah mak aku supaya cepat datang. Datang pada masa itu juga. Aku tak sanggup hadapi semuanya seorang diri. Aku tak sanggup!. Masa di luar wad tu, aku menangis sungguh-sungguh sebab ketakutan. Aku dah tak hiraukan orang lain yang keluar masuk wad tu tengok aku dengan lengan baju yang basah sebab air mata dan hingus. Aku langsung tak peduli!.

Rasanya ini gambar terakhir aku bersama Abah. 

Apa yang aku takuti, akhirnya menjadi kenyataan. Abah disahkan meninggal sekitar pukul 1.10 petang disebabkan Heart Failure. Makin la aku menangis. Aku dah jadi anak yatim. Aku dah kehilangan bapa buat selama-lamanya. Hakikat yang terpaksa aku terima walau pun sangat pedih. Pedih yang hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang faham. Aku menangis sampai air mata kering. Sedih yang teramat!. 

 Gambar terbaru Abah.

InsyaAllah, setiap tahun pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan, kami akan melawat Abah. Gambar di atas diambil semalam, iaitu 31 Mei 2019, Jumaat bersamaan 26 Ramadhan 1440 H. Semoga, damailah engkau disana Abah. Aku sangat merindui mu. Semoga kita dipertemukan lagi di syurga. Aamiiin ya rabbal a'lamiinnn...😭
 

No comments:

Post a Comment