Wednesday, December 28, 2011

2011 in review...

Hmm...merujuk kepada entri setahun yang lepas, uhuk...uhuk...uhuk.... sesungguhnya azam, harapan dan hasrat yang dirancang tidak begitu terlaksana.

Aku masih lagi berstatus BUJANG!. Setelah memberikan sepenuh jiwa & raga (nasib baik tidak ku serahkan DARA), cintaku diKHIANATI!. (Di saat ini lagu Someone Like You mula berkumandang...). Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...Takpe2, aku percaya, seseorang yg lebih baik ada di luar sana, cuma mgkin dia belum dapat menjinakkan seekor kuda lagi. Hahaha

Aku pun belum Skydiving lagi. Dah sampai Pattaya, tapi kompeni yg mengendalikan skydive tu pula dah 'bungkus'. Patutlah emel aku tak pernah dibalasnya. Aku pun konfiden je sbb kawan aku yg pernah buat tu kata, "ko walk-in je. Bukan selalu full pun". Ada 1 lagi kompeni yang buat tp open for booking pada 10 Dis. Masa tu, aku dah kat Tawau dah. Hmmm...Takde rezeki la.

Yes!. Aku dah selamat ke Vietnam dan siap buat networking di sana. Pemandu pelancong semasa di Vietnam, Kevin Vo telah membuka kompeni pelancongan sendiri. Jd, bila terasa nak shopping atau 'lari' ke Vietnam, u know who u can turn to. Tak gitew?.

Sasaran untuk menakluki 3 negara baru tidak tercapai. Sungguhpun begitu, ada penambahbaikan berbanding tahun lepas.
1) Pada 28 Mei - 1 Jun, sekali lagi aku mengunjungi Maninjau, Padang, Sumatera Barat. Kali ini aku terbang dan disaksikan oleh Mem Besar (mama ku). Ha...kali ni baru dia menyaksikam dgn mata kepala sendiri anaknya terbang.

2) 23 -29 Okt: aku ke Beijing. Maksudnya, 1 lagi keajaiban dunia berjaya ditakluki selepas Piramid di Mesir.

3) Aku terpilih sebagai Team Malaysia utk SEA GAMES ke-26. Yg ni aku btl2 tak sangka. Sukan sekolah pun aku tak pernah wakil rumah sukan. Tup...tap...wakil Malaysia. Biar betul?. Ttp mmg betul. Haha. Nasib baik aku terima. Belum tentu lagi Sukan SEA di Myanmar nnt aku terpilih.


4) Aku akhirnya menemui Joni Balbo di alam nyata, yang selama ini hanya ditemui di alam maya. Op kos aku begitu teruja umpama Hensel & Gretel yang jumpa rumah diperbuat dari gula2 apabila Candi Prambanan dan Candi Borobudur berada di depan mata. Syiok habissss...

Jadi, itulah rumusan utk 2011. Yg pasti, azam, harapan dan sasaran yang tidak berjaya itu akan dibawa ke tahun 2012 untuk dilaksanakan. Mudah2n 2 rancangan yg 'pending' itu tidaklah dibawa skali lagi ke tahun 2013. Hehe. Amin....InsyaAllah...

Monday, December 26, 2011

Ai Di Beijing...

Seorg kawan sekerja bertanya, "Su, ko nak ikut lawatan ke Beijing?". Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab, "nak". Mana mgkin aku menolak peluang untuk melihat salah satu keajaiban dunia. Dan pada 23 Oktober 2011, aku bersama 5 orang rakan sekerja selamat menjejakkan kaki ke bumi Beijing dan mendaki Tembok Besar China keesokkan harinya. Huhu...
(Tembok Besar China telah dibina oleh Dinasti Ming pada 475-221 SM bertujuan untuk melindungi negara daripada serangan pihak utara).


Sangat teruja menakluki Tembok Besar China ttp adalah mustahil untuk menghabiskan pendakian dan perjalanan sejauh 6300 km dalam masa yang singkat. Walaupun mendaki tak lebih dari 3 km, namun itu sudah cukup mengalirkan lelehan hingus dan melenguhkan betis. Harga tiket hanyalah Rmb 48 = RM 24 ttp pengalaman bergambar di sini, TIDAK TERNILAI!.

Sblm msk The Forbidden City, kena melalui Tian anmen Square dulu

Keesokan harinya, kami dibawa melawat The Forbidden City. Harga tiket masuk bernilai Rmb 60 = RM 30. Untuk pengetahuan, kawasan penempatan Maharaja ini mengandungi sebanyak 9,999 1/2 bilik dan dikatakan menempatkan seorang gundik bagi setiap bilik. Aku terfikir, "sungguh kuat nafsu maharaja itu. Mcm takde kerja lain selain seks". Untuk melindungi kawasan Larangan ini daripada pencerobohan musuh, batu ditanam sedalam 3 m di seluruh kawasan berkeluasan 72 hektar ini. (Menurut pemandu pelancong, satu kajian yg dijalankan oleh Barat mendapati, jumlah bilik sebenar adalah kurang dari 9,999 1/2. Jumlah 9,999 1/2 itu hanya dibesar2kan untuk menunjuk2 kekayaan, kekuasaan dan 'kekuatan' Maharaja China pada masa itu).

Ini baru pintunya masuknya... belum lagi bangunan utamanya...

Untuk hari ini saja, kami berjalan kaki sejauh 4.5 km di dalam kawasan The Forbidden City. Itu pun hanya melawat sebahagian kawasan sahaja. Kebanyakan bilik atau bangunan di kawasan ini tidak dibuka untuk umum.

Selesai makan tengah hari, kami seterusnya di bawa ke rumah urut (atau supaya korang tak salah faham, Department of Health Care) dan penutup aktiviti hari ini ialah menonton Pertunjukan Akrobatik.

Stesen Tian Jin

26 Okt -Hari keempat lawatan. Hari ni kami ke Tian Jin menaiki Bullet Train. Aku taklah teruja sangat memandangkan dah naik Shinkansen masa mengunjungi Tokyo dulu. Tapi, memandangkan majoriti dah sepakat, takkanlah aku nak tinggal sendiri2 kat hotel FX tu. (Perjalanan Beijing-Tian Jin sejauh 120 km mengambil masa 2 jam 30 min menggunakan bas tetapi hanya 29 minit dengan keretapi laju. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 297 km/j ).

Sekembalinya dari Tian Jin, aktiviti yang digemari oleh semua peserta rombongan iaitu-SHOPPING. Ada yg tangan kiri kanan membawa hasil belian. Aku, cukuplah setakat kain sutera 4 m, winter coat berwarna merah, Fridge Magnet dan beberapa cenderahati yang kecil2 je. Nasib baik nafsu bershopping aku masih berada dalam kawalan.

Bangunan yg menyerupai kepala kuda laut.

27 Okt- Hari ni melawat The Summer Palace (Yiheyuan) yang terletak di barat Bandaraya Beijing. Ia adalah taman sejarah yang terbesar di China. Taman tersebut dibina pada tahun 1755 untuk meraikan harijadi raja dan juga tempat para golongan diraja menghabiskan cuti musim panas. Malangnya, ketika ini kabus agak tebal. Jadi, keindahan taman ini kurang terserlah.


Merah sgtlah Mak Ngah Winter Coat tu. Ahakssss...

28 Okt- Hari ni kami akan bertolak balik tetapi akan singgah bermalam untuk satu malam di Bangkok sebelum ke KL pada keesokan harinya. Secara keseluruhannya, aku bagi 8 dari 10 bintang untuk trip kali ini. Mgkin 2 bintang lagi boleh diperbaiki dari aspek kebersihan tandas dan juga menu sarapan pagi yang disediakan. (Mana tahan beb selama seminggu, sarapan korea yang sama setiap hari).

Thursday, December 15, 2011

3 minggu yg berbaloi...

Berada di Bogor, Jakarta bermula 5 - 23 Nov 2011. Suatu jangka masa yang agak lama dan hari2 terakhir aku semacam muak bila melihat perkataan Bakso Mie@BAKMI, Nasi Padang, Pecel Lele, Sop Bontot di tepi2 jln.

5 Nov: Bermula dengan keterujaan ditemuramah pemberita akhbar tempatan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kata2 perangsang daripada pegawai2 Imigresen yang bertugas, pandangan dari orang awam yang seolah2 berkata, "Wah...atlet Malaysia". Perasaan itu berterusan sehingga di Bandara Soekarno Hatta. Kami diiringi oleh beberapa orang sukarelawan Sukan Sea yang bertugas sebaik keluar dari pintu pesawat. Kami juga (Paragliders dari Sabah), 'diuruskan' di lorong yang berbeza dari orang lain untuk pengangkutan, pendaftaran, pemberian tag dan sebagainya. Bagasi kami berempat turut diuruskan. Kami hanya jalan berlenggang. Percaya atau tidak, bermula keluarnya dari pintu pesawat sehingga yang menghantar kami ke hotel, jumlah kakitangan yang terlibat sebanyak lebih kurang 30 orang, hanya untuk kami berempat.

Auummmm...Ini dia Pasukan Paragliding Harimau Malaya

Sebelum check-in hotel, kami singgah sebentar di sebuah restoran Nasi Padang dan di situlah baru aku teringat bahawa esok Hari Raya Haji. Takbir Raya sahut menyahut dari satu masjid ke satu masjid. Suara budak dan suara lelaki dewasa silih berganti. Sayu...Ini kali kedua aku menyambut Aidil Adha di perantauan secara berturut2 ttp lebih menyedihkan bila aku baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga terdekat. Namun, semua emosi itu perlu ditolak ke tepi dahulu buat masa ini. Aku perlu fokus dan perlu sedia dengan cabaran dan tanggungjawab yang digalas.

Ladang Teh berkeluasan 5 hektar di sekeliling Gunung Mas

6 - 9 Nov: Hari ini bermulanya latihan tak rasmi. Nampaknya kami berempat sahaja yang terbang di Puncak Gunung Mas memandangkan kami yang terawal datang. Pasukan dari negara lain belum lagi sampai manakala pasukan tuan rumah 'berehat' sehari. Pasukan Malaysia selebihnya akan datang pada 9hb. Kami memutuskan untuk datang 4 hari lebih awal kerana tidak datang semasa SEA GAMES -Test Event pada bulan Julai lepas. Dapatlah kiranya kami qada latihan yang tertinggal.

It's a bird, It's a plane. No, It's me flying.

Setiap hari selepas itu adalah rutin yang sama. Selepas sarapan, kami akan bergerak ke Take-Off Site dan terbang. Jika angin tail-wind, hujan, cross-wind, cuma 'para-waiting'. Sungguh bosan bila terpaksa menunggu...menunggu...dan menunggu. Semasa latihan, aku pernah masuk 'bull', landing atas pokok teh dan 'over-shoot'.

Bergambar: antara salah satu aktiviti bila tail-wind.

10 - 11 Nov: Bermula latihan rasmi. Kesemua pasukan dari 5 negara yang menyertai Paragliding iaitu Malaysia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Vietnam sudah pun ada. Dan tekanan semakin memuncak. Semua ingin melakukan yang terbaik tetapi isu keselamatan perlu diambilkira. Tekanan semakin bertambah bila tahu 'kelemahan' kita dan 'kekuatan' pesaing kita. Apa yang pasti ialah atlet2 Malaysia mpunyai pekerjaan yang tetap dan hanya akan terbang bila ada masa terluang manakala atlet2 Indonesia adalah atlet sepenuh masa yang dibayar untuk terbang setiap hari dan telah menjalani latihan di sini semenjak Test Event SEA GAMES tempoh hari.


Mlm ni, upacara perasmian SEA Games di dewan makan The Royal Safari & Resort Hotel, hotel penginapan semua atlet dan pegawai yang terlibat dalam acara Paragliding. Ada persembahan yang begitu memukau dan ada juga persembahan yang syok sendiri. "Alangkah hebatnya jika dapat menyertai acara pembukaan di Palembang...sambil2 melambai ke kaca TV", tu je yg bermain di otak ku pada masa itu...


12- 20 Nov: Yeay... selepas perbincangan Jurulatih dan Kapten Pasukan, aku tidak terpilih sebagai 5 calon utama wanita. Barulah darah mula menyirap ke muka. Kalau tak pucat je. Barulah hilang pundak di bahu. Aku begitu lega dengan pengumuman ini kerana berbanding yang lain, akulah yang paling kurang latihan, tidak pernah ikut pertandingan dan paling kurang pengalaman. Hehe...aku kan jaguh kampung je. Prestasi aku lebih menyerlah semasa fun-fly, bukan semasa pertandingan. (Untuk makluman, aku memegang rekod di Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu terbang selama 2 jam 30 minit. Semasa fun-fly, langsung tidak ada tekanan. Nikmat sebenar semasa terbang umpama burung dapat dirasai seoptimanya). Manakala semasa pertandingan, perut memang akan memulas sebelum take-off. Mesti nak ke tandas dulu untuk membuang yang kecil dan besar. Aku tidak rela disebabkan aku, pasukan kalah. Sebagai pemerhati juga aku dapat belajar sedikit sebanyak kerana aku 'berkepit' je dengan jurulatih di Landing Zone (erti kata lain aku byk belajar la) dan merakamkan video untuk setiap atlet dari team Indonesia dan juga Malaysia serta merekodkan skor yang diperolehi antara pasukan Indonesia, Thailand dan Malaysia untuk dibuat perbandingan dan untuk dikongsi bersama semua atlet Malaysia pada malam hari semasa sesi Refleksi.


Sekarang baru aku faham kenapa masa pertandingan untuk sukan ini memakan masa yang lama- sebabnya ialah faktor cuaca. Sepanjang hampir 2 minggu pertandingan, hanya 2 hari sahaja yang betul2 cerah. Tapi belum tentu hari yang cerah, keadaan angin juga bagus. Jadi, banyak kali pertandingan tertunda di sebabkan faktor cuaca. Tapi aku paling suka hujan lebat di petang hari. Bila task cancel, boleh balik hotel dan Zzzzz..... Rasanya yang lain pun berpendapat yang sama sebab bila ada tawaran untuk membeli-belah ke kawasan berdekatan, sambutan agak kurang menggalakkan. Semua pun cenderung untuk berehat dan tidur di bilik.

Dari kiri:
Jurulatih, aku, Lia, Pengurus pasukan, Asha, Jiu, As, Juri Malaysia.

Satu lagi perkara yang menarik ialah, setiap kali kontingen bergerak dari hotel ke Take-Off Site, dan dari Take-Off Site balik ke hotel, atau semasa lawatan contohnya semasa Night Safari, kami diescort oleh Polisi. Meriah...memang meriah bila 5 bas besar, setiap satunya membawa atlet dari 1 negara, ditambah 5 van untuk officials dari 5 negara berarak, akan didahului dan diakhiri oleh 2 motor besar dan 1 kereta peronda polis. Di jalan raya Jakarta yang macet banget, memang terasa semacam apabila diberi keutamaan. Pheww....sekali lagi terasa macam VVIP. (Ini merupakan kali kedua aku merasa pengalaman sebegini iaitu ketika menunaikan haji, dari Kelana Jaya ke KLIA).

Kami juga dapat menarik nafas lega apabila setiap hari pihak hotel menyediakan khidmat laundry percuma terhad untuk 2 helai pakaian.

21 Nov: Malam penyampaian hadiah. Daripada 12 pingat yang ditawarkan, 10 pingat emas dimonopoli oleh pasukan Indonesia dan 2 oleh negara Gajah Putih. Pasukan Malaysia berjaya merangkul pingat perak bagi acara Open Distance (Wanita) dan Race to Goal (Lelaki) manakala pingat perak untuk Race to Goal (Wanita), Open Distance (Lelaki) dan Accuracy (Wanita dan Lelaki). Secara keseluruhan, 2 pingat perak dan 4 perak gangsa berjaya disumbang dari cabang paragliding.

Tak pernah terfikir naik pentas dan terima hadiah atas nama MALAYSIA

Suka duka, pahit manis dan penat lelah telah pun dirasa selama berada di Sukan Games kali ke-26 ini. Aku sesungguhnya rasa bersyukur kerana selepas menolak sebanyak 3 kali, aku masih diberi peluang untuk menjadi sebahagian Team Malaysia. Sesungguhnya, pengalaman menyertai temasya sukan yang agak besar ini hanya dapat dirasai oleh sesetengah orang dan ini mungkin menjadi pengalaman berharga dan mungkin dapat aku rasai sekali seumur hidup.

Monday, December 12, 2011

Jogja- Never Ending Asia.

Lawatan ke Jogja merupakan lawatan penutup untuk tahun ni. Sungguh penat dan tidak sabar kembali ke rumah selepas sebulan lebih berada di rantauan. Bermula pada 22 - 29 Okt 2011 ke Beijing atas alasan kerja, 1 - 4 Nov ke Kota Kinabalu untuk latihan intensif Paragliding, 5 - 23 Nov di Bogor, Jakarta sempena sukan SEA ke-26 dan 25 - 28 Nov ke Pattaya sebelum ke Jogjakarta pada 29 Nov - 4 Dis 2011. Phew...mcm seorang Y.B pulak. Ke sana ke sini tanpa henti.

Niat awal hanya ingin bertemu Joni Balbo, seorang 'sobat' yang dikenali menerusi komennya di blog dan sebaik mengetahui dia berasal dan bermastautin di Jogja, peluang keemasan tidak sesekali dilepaskan. Hehe. Dan peluang ini menjadi kenyataan selepas 2 tahun 'bertemu' di Y.M dan juga F.B.

Bersama Joni Balbo di hadapan Candi Prambanan

Tidak lupa juga untuk melawati candi Borobudur, yang sebelum ini cuma dilihat pada brosur2 pelancongan, buku2 sejarah dan juga media2 cetak yang lain.

( Candi Borobudur merupakan Kuil Buddha terbesar di dunia. Didirikan pada kurun ke-8
dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia yang ke 592
).

Berada di Jogjakarta, kenalah mengembek dan menguak seperti org Jogja. Kena makan makanan lokal, berpakaian seperti lokal dan hidup seperti lokal. Kenalah merasa Gudeg, berpakaian batik (cuba tgk pakaian yg dipakai di atas), menginap sambil membeli-belah di Malioboro.
Gunung Api Purba- Gunung Berapi yg tidak lagi aktif

Berada 6h5m di sini dan berbekalkan hanya Rp 1 juta lbh= RM400, rasanya aku dah melawat hampir setiap pelosok Jogja seperti Alun2, Ratu Boko, Pasar Batik, Keraton, Gunung Api Purba, Parang Tritis dan juga bekas laluan lava Gunung Merapi. Berjalan sakan sehingga bensin motor kehabisan, kebasahan dalam hujan dan 'tertidur' di atas motor. Haha. Dahsyat...dahsyat. Aku juga 'kehabisan' uwang sehingga terpaksa menukarkan Bht 350 ke Rupiah.

Dinding Candi Borobudur

Secara keseluruhannya, aku dapat 'lebih' daripada yang aku jangkakan. Secara perbandingan, Jogja 'lebih baik' trafiknya- orangnya memandu pada kelajuan sederhana, kurang 'honking', tidak begitu 'macet', bersih, teratur pembangunannya berbanding Jakarta. Terima kasih kepada Joni Balbo dan Wahyu Hadiyati selaku pemandu pelancong sepanjang berada di sana.

Monday, October 31, 2011

Aku Yang Kehilangan...

Sedih, teramat sedih dan terpaksa redha dgn pemergian makcik tersayang, Allahyarhamah Rapiah Bt. Burairah (atau dipanggil Nyanya) ke rahmatullah pada 24 Okt 2011. Masa 'pemergian' yang sebenar tidak diketahui. Hanya diketahui selepas tidak bangun2 untuk solat subuh. Sebenarnya aku pun mengetahui berita ini pada 29 Okt, melalui message FB. Ini kerana tidak ada talian telefon sepanjang berada di Beijing dan Bangkok. Tidak banyak yg dapat dilakukan kerana sedang berada di Bangkok sebelum bertolak ke KL petangnya dan Tawau keesokkan harinya. Nasib baik sempat juga menghadiri kenduri arwah hari ke tujuh.

Sesampainya di rumah, hati bertambah sedih dan sayu bila terbayang2 katil tempat dia berbaring, makanannya yang tidak habis dimakan dan barang2 kepunyaannya. Selama 2 hari, air mata mmg susah utk dibedung. Tapi adalah lbh baik Nyanya 'pergi' drpd hidup sakit menderita.

Kenapa aku begitu sedih?. Sbb dialah yang menjaga kami adik-beradik sewaktu kecil, memasakkan makanan untuk kami, mencuci pakaian dan segala macam jenis kerja la. Tambah sedih bila mengenangkan nasibnya yang juga tidak sebegitu 'baik' berbanding org lain tp seolah tidak pernah merungut. Di saat akhir hayatnya pun masih tidak tinggal solat dan mengaji. Patutlah jenazahnya dikatakan seperti sedang tidur dan begitu putih bersih.

Mataku pun sdh mula berkaca. Didoakan semoga arwah Nyanya akan akan lebih berbahagia di 'sana', ditempatkan bersama ahli2 Syurga. Amin, ya rabbal alamin.

Sesungguhnya kami semua sangat merindui Nyanya.

Thursday, September 22, 2011

Atlit rupanya...

Female Athletes- No. 6

Diam-diam atlit rupanya. Hehe. Surprise!!!. Selepas 3 kali menolak tawaran ini, akhirnya aku terjerumus juga ke kancah SEA GAMES (11- 22 Nov 2011, Indonesia). Asalnya ditolak kerana memikirkan tanggungjawab terhadap anak bangsa yang bakal menduduki SPM pada masa yang sama di samping perancangan 'merayau' sedia ada yang tinggal menunggu masa saja untuk dilaksanakan. Akibat daripada menerima tawaran 'once in a bluemoon' ini, aku menjadi superbusy. Jadual 'hidup' aku berubah sedikit dan masa 'berfoya-foya' menjadi lebih padat. Bermula sekarang, aku 'berkhidmat' untuk agama, bangsa dan negara sehingga sabtu. 23 -30 Okt aku akan pergi ke Beijing untuk Lawatan penanda aras sekolah vokasional di sana bersama beberapa orang pegawai pendidikan Bahagian Teknik & Vokasional, 1-7 Nov akan menjalani pelbagai jenis latihan intensif, persediaan, perkampungan sukan dan sebagainya, 8-22 Nov bertolak ke Jakarta, menjalani sesi pemilihan peserta akhir dan pertandingan, 24 - 28 Nov akan ke Bangkok dan skydiving di Pattaya, 29 Nov - 4 Dis akan mengunjungi kenalan blog di JogJakarta dan akhir sekali, 4 - 11 Disember akan berada di Kota Kinabalu sebelum kembali ke pangkuan bantal peluk di Tawau. WOW!. I'm NOT complaining!. This is the way of life that I want. Mungkin penat tp aku ingin menikmatinya sementara boleh. Akhir kata, wish the best for me. Gracias....

Wednesday, July 27, 2011

I was PUSHED to the limits...

Julai 2011, bulan yg sungguh ... byk dugaan dan cubaannya. Nasib baik aku 'kuat iman', kalau tak, ada yang 'terjun jambatan'.

1) 2 minggu pertama, terpaksa menjadi pengemis 'laptop' berikutan monitor laptop 'black-out'. Dihantar ke tempat ia dibeli dan kononnya dihantar ke HP service centre, KL kerana takde 'part' tu kat sini. Ok, dijanjikan dlm masa sebulan. Sedangkan seminggu pun aku payah berenggang dgn laptop aku, ni kan pula sebulan?. Selang-seli aku meminjam laptop org...terpaksa buat muka seposen. Nasib baik kakak aku beli laptop baru dan kawan sekerja yg duduk sblh meja, Cik Ana Sarda sudi meminjamkan laptop. Kalau Cik Ana guna masa aku nak guna, terpaksalah aku buat kerja kat makmal komputer. 2 hari sblm tempoh sebulan, seperti yang dijanjikan, aku call Digital Wise Sdn. Bhd. Aku kata, "Saya Suhaila, saya nak tya psl laptop saya, dah siap diservis atau pun belum?". Penyambut telefon tu kata, "saya tak tahu la. Siapa yg in-charge tu ya?". Aku, "Mohamad". Penyambut telefon, "Mohamad dah resign la". Aku, "mesti ada technician lain ganti tempat dia kan?. Hampir sebulan langsung korang tak bagitahu apa-apa ya". Penyambut telefon, "kami busylah sbb ada PC Fair kan?". Aku, "itu masalah kamu bukan masalah saya. Kalau kamu dah janji selama sebulan, kamu siapkanlah dalam masa sebulan". Penyambut telefon, "errkkk...erkk....". 2 hari kemudian, aku datang terus ke premis itu...yeay, aku terlihat kelibat laptop ku yg berwarma putih. Aku tya technician yang ganti tempat Mohamad, "sdh lama sampai?". Technician, "sdh seminggu". Aku, "Seminggu?. Langsung kamu tak call saya bagi tahu?". Technician, "errr...ndak da dorg telefon?". Aku, "ndak ada". Dalam hati, "Teruk betul service after sales dorang ni!" Aku, "cuba test dulu, betul ke sdh ok?". Bila dah dihidupkan, wall paper pemandangan dari udara sdh tak ada...Ikon "Ares" aku dah tak ada dan aku sdh terasa lain macam...Ok, cuba buka Document, langsung takde apa...dan akhirnya, buka Drive D, kosong. NO NOTHING!. Masa tu la aku macam gajah naik minyak!. Nak marah pun, bukan technician tu yang salah sbb bukan dia yang ganti dan dia bukan Mohamad. Aku cuma kata, HABIS KERJA SAYA!. Technician tu kata balik, "Sorry ya kak". Aku perasan beberapa pelanggan menoleh ke arah kami. Aku terus ambik laptop aku, masuk ke kereta dan UWAAAAAAAAAAA!!!!!!!. Dan sekarang aku sedang nak failkan aduan aku kat Tribunal Pengguna.

2) Tertekan dengan 'kawan sekerja'. Mmg gred kami sama. Tp, dalam organisasi, aku ketua dia. Aku minta tolong buat kerja yang sebahagiannya adalah kerjanya dan sebahagian lagi kerja aku. Tp, dengan sinisnya dia menjawab, "kenapa pulak aku nak kena buat?. Kalau gitu, baik aku jadi Ketua je...main suruh2 je". Aku, bukan seorang yang PEMALAS dan bukan jenis MENYURUH orang. Kalau aku dapat buat, aku BUAT!. Aku tak jawab balik sbb kalau kami bermasam muka, aku akan lagi tertekan kerana tiap2 hari akan tengok muka dia juga. Dan kalau aku tgh marah, aku tak boleh cakap sbb kalau bercakap juga, aku akan meninggikan suara dan itu adalah tidak baik. Huhu...dapat juga aku berfikir rasional masa tgh marah. Ok, aku duduk kejap, aku refleksi diri aku balik. Dan keputusannya, aku akan buat bahagian aku dan aku akan buat semampu aku dan sebahagiannya ... lu pikirlah sendiri. Cik Ana kat sblh dengar perbualan kami dan ... dia memihak kepada aku. Bukan sbb aku duduk di sebelahnya tetapi kenyataannya, aku di pihak yang benar...Dan kebenaran itu telah terserlah jua akhirnya... Alhamdulillah....

3) 22 Julai, aku pening kepala yang teramat sangat. Biji mata rasanya nak tercabut, urat kepala berdenyut2 dan rasa nak meletup. Aku tak ambik cuti, sebab hari tu aku kena in-charge 1 program dan tidak ada pengganti. Semasa aku driving, ada masanya aku rasa nak terlelap....Balik rumah, aku terus mandi dan rehat je dalam bilik...

Hidup ibarat roda. Kadang2 bila bergolek di bahagian bawah dan terkena segala ludah berkahak atau pun tahi kat jalan, tiba masanya utk ke bahagian atas. Kalau laju putarannya, maka terpelantinglah ludah berkahak atau pun tahi yang tergolek itu...

20 Julai, di hari Rabu yang indah, coach paragliding telefon, mengkhabaarkan berita gembira, iaitu menawarkan menyertai Pasukan PG Wanita ke Sea Games yang bakal berlangsung di Jakarta November nnt. Hmmm...bukan kah dah ada team?. Sbbnya salah seorang peserta itu ingin digugurkan atas masalah tiada komitmen. Berita ini mmg membuatkan aku terlompat2 gembira, akan tetapi, selepas disenaraikan segala pro dan kontranya, aku terpaksa menolak atas 4 sebab iaitu...i) masa yang genting- masa ni juga lah budak2 SPM. Sekarang ni pun dah mula terasa bahangnya. ii) aku masih fobia dan trauma. Aku dah tgk Pasukan Wanita Indonesia masa World Cup hari tu, diorang pya persiapan dah 9 bulan, kat Eropah lagi tu?. Aku?. Baru nak latihan intensif?. Nak memalukan diri ke apa?. iii) Aku dah ada plan akhir tahun bermula bulan Oktober ( lawatan kerja ke Beijing), bulan November (pergi Pattaya buat Skydiving) dan Disember ( jalan2 jumpa kawan di Jogjakarta). iv) Susah nak dapat cuti. Masa pergi Maninjau hari tu pun aku terpaksa ambil MC 1 hari sbb cuti rehat khas aku tak diluluskan. Ni kan pulak nak cuti berbulan2. Hmmm...Sbb aku tak sakit tapi 'terpaksa' cuti, doktor pun tak tahu nak tulis apa kat surat sakit tu. Adakah patut ditulisnya, ANXIETY?????. Nasib tulisan cakar ayam....

Sesungguhnya, bulan ini penuh dengan cubaan dan dugaan. Masalah2 kecil jangan cakaplah. Lepas satu diselesaikan, satu datang. Aku macam dah malas nak fikir... tp aku takde nak komen bila masa2 aku bengang ada kajian kat Buletin Utama TV3 menyebut, "wanita Malaysia menduduki tangga ke-16 mengalami tekanan manakala nombor 1 jatuh kepada wanita India".


Saturday, June 18, 2011

ParaGliding Accuracy World Cup (PGAWC) Sabah 2011

Selepas meluangkan 3 hari bersama keluarga (sekembalinya dr Padang, Indonesia selama seminggu), aku 'outstation' lagi ke Ranau untuk bertugas sebagai secretariat PGAWC yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah dan merupakan acara terbesar dalam dunia PG di Malaysia. Orang yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran ini ialah Lt. Kol. (B) Basir B. Rahman. Selama 3 tahun penglibatan aku dlm dunia PG ini, paling2 pertandingan Spot Landing antara kelab2 PG di Msia je yg ku dengar (itu pun tak penah masuk bertanding...hehe). Aku terus menawarkan diri untuk membantu apa2 yg patut sebaik mendengar pengesahan event ini sebulan yang lepas (kebetulan juga masa event ni masa cuti sekolah. Yo yo o la aku offer diri).

7hb Jun: Sesampainya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 7.15 mlm dan terus menunggu ketibaan peserta2 dari Indonesia dan Slovenia. Wah... senang je kenal. Tak perlu tulis di kertas lagi. Sapa yang bawa beg yg lebih saiz, mmg sah bawa glider la tu. Bersembang dengan seorang Mat Saleh, bla..bla..bla...pengalaman dalam PG 24 tahun. Mak aiiiii...lama tu. Terasa diri begitu kerdil (mmg pun kerdil jika berdiri sebelah menyebelah. Kat bawah ketiak dia je). Sembang lagi dengan peserta dr Indonesia, dan mengetahui bahawa Mat Saleh yg dibawa bersembang tadi adalah pemenang ranking pertama World Cup yang berlangsung di Puncak, Indonesia seminggu yang lepas. WOW!. What a feeling when U R surrounded by top paragliders!

Jalan2 cari boot dr htl ke Jesselton. Tiang2 ni menarik perhatian ku.

8hb Jun: Hr ni merayau sorang2 kat Bandaraya KK utk membeli sepasang boot PG dan topi. Boot lama dah sedekah kat sorg pilot PG ppn masa kat Padang. Almaklumlah, takut excess luggage sbb byk beli kain sulam Bukit Tinggi. Hr ni juga berhimpit dlm Hilux macam sardin selama lebih kurang 2 jam dgn Msian PGliders yg baru sampai dari semenanjung untuk ke Ranau. Hr ni, kerja2 penambahbaikan Take-Off (TO) dan Landing Zone (LDZ) sedang berlangsung. 'Sasaran' ditimbus dengan pasir, TO dilebarkan, semak2 ditebas, tandas dibina dll.

Ruang angkasa Kg. Dilek Lohan penuh warna warni.

9hb Jun: Yeah...Kerja sedang menanti. Pendaftaran peserta, check-in hotel, bagi T-shirt/tag/brosure/voucher makan, claim yuran peserta yang belum jelas, sahkan lesen PG/ insurans, undi turutan terbang dll semuanya perlu disetelkan hari ini. Jumlah peserta ialah seramai 57 orang peserta ( 8 dr Taiwan, 4 Slovenia, 2 Hungary, 1 Japan, 8 Indonesia, 12 China, 4 Serbia, 1 Qatar, 3 Montenegro dan 11 Malaysia. Paling sukar berurusan dengan peserta dari China. Ada satu peringkat, aku memanggil seorang pilot Malaysia menjadi penterjemah untuk mempastikan mesej aku sampai kat dorg dan sebaliknya. Hehe. Aku sungguh lega bila jwpn dorg, "tui...tui"(btl...btl). Begitu penat!. Sehingga tak larat nak mandi. Cuma cuci muka dan terus ZZZzzzzzzzz................

Datuk Masidi Manjun diiringi Dato' Seri Tengku Adlin merasmikan PGAWC

10hb Jun: Seawal 8.00 pagi, taklimat pertandingan di Landing Zone untuk kesemua pilots dan taklimat untuk semua officials. Masih lagi menyambung tugas2 semalam untuk peserta dr Hungary dan Montenegro kerana mereka baru sampai lewat malam semalam. Hari ini, 2 penerbangan sahaja dilakukan. Sekali utk Round 1 official attempt (percubaan sahaja) dan Round 1 (Mata dicatat dan ditandatangan oleh setiap peserta). Cuaca begitu panas sehingga memeningkan kepala dan aku mengambil kesempatan 1 jam 30 min rehat (menghormati solat jumaat) utk balik ke hotel dan mandi. Kalau geng Mat Saleh itu, dengarnya mandi berbogel kat sungai sebelah LDZ. Haha. Masa org terbang kat atas, dorg siap sound, "No picture". PANAS!!!!!!

24 thn pengalaman. Matjaz Feraric dr Slovenia. Kali ni jatuh ke ranking no. 3.

11hb Jun: Cuaca agak mendung, awan rendah tapi keadaan angin ok. Hari ini, cuaca berubah2. 2 kali acara terhenti kerana hujan dan angin 'tail-wind'. Walaupun begitu, 4 round penerbangan dapat dilangsungkan hari ini. Walaupun kepenatan, semua gembira kerana tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan tiada rungutan/bantahan daripada peserta diterima. Sehingga ini sahaja la aku berkhidmat utk PGAWC ini. Acara penutupan pada 12hb Jun bermula 7.30 mlm namun aku harus 'menarik diri' kerana pukul 7.45 pg esok, berangkat balik ke Tawau.

Team Malaysia. Malaysia Boleh!

Dan berikut adalah keputusan PGAWC Sabah, 2011. Tahniah utk semua pemenang dan yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Saturday, June 4, 2011

Padang bukan sebarang Padang...

Pada 28 Mei - 1 Jun 2011, Negeri Sembilan Sports and Aviation Club (NSSAC) telah menganjurkan Paragliding Fun Fly kali ke-5 bertempat di Tasik Maninjau, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Rombongan disertai oleh 100 orang yang terdiri daripada 56 pilots (penerbang) dari 8 negara iaitu Scotland, Itali, UK, Iran, Saudi, UAE, Australia dan tentunya teramai dari Malaysia.

27 Mei 2011 (Hari Pertama)
Penulis dan beberapa org lagi datang sehari lebih awal untuk meninjau2 keadaan di Take-Off (TO) Air Manis yang terletak di Padang. Tentulah sebelum menuju ke TO, tempat mendarat kena dipastikan terlebih dahulu. Berhampiran dengan Landing Zone (LDZ), terletaknya replika Batu Malim Kundang. Bagaimanapun, hanya sebahagian sahaja yang tinggal berikutan terhakis oleh pukulan ombak.
Hanya 2 orang yang take-off di sini memandangkan tidak begitu yakin dapat sampai ke LDZ iaitu Pantai Air Manis memandang keadaan angin yang begitu sepoi2 bahasa.

Sebelum check-in hotel yang terletak di Bukit Tinggi, kami menjamu selera dengan masakan Padang di Rumah Makan Aie Badarun. Di sini penulis mencuba Jus Durian yang sunnnggguhhhhh "lezat". MANTAP sungguh rasanya. Mcm makan durian. Pergggghhhhh....

Sungguh pekat...

28 Mei 2011 (Hari Kedua)
Bergerak pukul 8.00 pagi untuk ke Puncak Lawang dan sampai lebih kurang 45 minit slps itu. SEJUK!. Puncak diselebungi oleh kabus. Maksudnya, tak dapat terbanglah. Kena tunggu sehingga kabus clear...
Puncak Lawang- 1400 m di atas paras laut.

Tengah hari itu, rombongan seramai 79 orang datang ke Puncak Lawang dan untuk itu, welcoming dance telah diadakan. Begitu meriah sekali.

Hari ini, majoriti pilots hanya dapat membuat sekali sahaja fly berikutan angin yang kurang baik. Buat pertama kalinya, penulis terbang di sini dan untuk permulaan, hanya membuat top-to-bottom sahaja. Hehe. Pengalaman baru dapat terbang masuk awan. Begitu sejuk. Rasa nak cepat mendarat je sbb tak tahan kesejukan.

Dan selepas selamat mendarat, terasa begitu lega dan tak henti tersenyum bahagia. ;-)

29 Mei 2011 (Hari Ketiga)
Takde yg signifikan hari ni. Dapat buat sekali fly sbb hujan lebat di waktu awal petang. Syukurlah balik awal ke hotel sbb slps solat jamak zuhur, aku menghabiskan masa tidur kat surau sbb kepala "pusing".

30 Mei 2011 (Hari Keempat)
Hari ni tukar TO pulak, kat Lawang Park. Angin pun perlahan je hari ni dan semua pun macam rilek2 je. And I didn't feel like flying today.

Tgk la bendera...Tak berkibar pun. Angin tak ok.

Malamnya, aku menduduki Ujian Bertulis untuk mendapatkan Paragliding Licence (PL1- Novice Pilot). Khabarnya semua lulus. Menurut examiner, yg ptg bukan markah, tapi PAHAM. Haha. I lap U la Kapt. Nasa.

31 Mei 2011 (Hari Kelima)
Hari ni hari terakhir di Bukit Tinggi dan memandangkan semalam tak terbang, hari ini mesti terbang. Seperti biasa, angin begitu perlahan. Tunggu pya tunggu, hujan turun di tengah hari. Berhenti je hujan, mentari menampakkan sinarnya, tanah kurang basah sikit, ramai dah beratur tunggu giliran. Aku pun tak lepaskan peluang. Kali ni no more top-to bottom but ridge soaring dan terbang dlm hujan. Adalah berbahaya terbang dlm hujan. Dikhuatiri petir. Buat pertama kalinya buat top-landing. Kalau bukan kerana terpaksa landing, mau berjam juga kat atas tu.

Pemandangan bila berada di udara. Cantik kan?

Mlm ni berlangsung acara penutup. Dimulakan dgn makan malam di Restoran Sederhana, penyampaian pelbagai anugerah (Mud Award & Sugar Cane Award (bagi yang landing kat petak sawah yang berlumpur atau ladang tebu), The Worst Landing (pemenang mendarat 2x kat ladang pisang dan sekali kat sawah), The Worst Take-Off, Race To Goal, pakaian beragam dll. Diikuti dgn persembahan kebudayaan seperti tarian piring dan aksi menggunakan kaca pecah.


1 Jun 2011 (Hari kelima)
Sunyi. 96 orang balik ke Malaysia hari ni. Jam 10 pg baru bergerak ke Padang dan untuk mengisi masa yang ada, aku mengambil peluang bersama mamaku ke Lubang Japang dan Ngarai Sianok.

Gelapnya muka aku...Huhu

Tak banyak aktiviti yang dibuat hari ini memandangkan 'uang' yang tinggal cukup2 sahaja sehingga balik (kena simpan untuk byr kenderaan dr htl ke Bandara aka Lapangan Terbang, airport tax, persediaan lebih muatan dll).

2 Jun 2011 (Hari Keenam)
Berangkat balik ke Malaysia. Nasib baiklah tak lebih muatan. Baki 'uang' ada lagi Rp 260,000. Trip ends with bags of memories and endless smile.

Friday, May 6, 2011

Kuda Hitam adudu...Kuda Hitam....

Wah...slps sebulan baru mengemas kini blog?. Hmmm...memandangkan kesibukan, tekanan dari pelbagai sudut dan kepenatan yang melampau, maka aktiviti menulis terpaksa dihentikan buat seketika.


Kelihatan begitu putih, suci lagi bersih...Seperti penunggangnya.

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman pertama menunggang kuda. Bertempat di Tuaran Beach Resort, kuda yg ditunggang bernama Olympia, berusia 24 tahun. Dan harga untuk menunggangnya ialah RM88/jam. Agak 'malas' tapi 'terpaksa' digunakan kerana 'kehabisan stok' kuda. Aku berasa agak takut...memandangkan pernah terdengar orang terjatuh daripada kuda, ditendang oleh kuda sehingga pengsan dan dilarikan oleh kuda. Hahahaha...Macam2 bermain di fikiran. Selepas diajar cara membelokkan kuda ke kiri dan ke kanan, menggerakkan kuda ke hadapan dan menghentikan kuda, kami seramai 10 orang, iaitu 8 orang paragliders dan 2 orang instructor kuda bergerak ke pantai Tuaran.

Memandangkan Olympia begitu malas, 'dia' terpaksa di'pimpin' menggunakan tali, barulah dia berjalan. Itu pun lenggang2 kangkung. Ke'malas'an itu menyebabkan aku sering berada di tempat tercorot antara pasukan ParaRiders itu. Huhu

Kuda tunda pun ada jugak?.

Ada juga kebaikan bila Olympia sekadar jalan lenggang2 kangkung sbb bila dia dah mula berlari2 anak, adudududuh....sakitnya bontot mungil ku akibat terhempas. Hahaha. Yg lain pun mengadu masalah yang sama, dan amat menggelikan hati bila terdengar mereka berkata yg 'telur hampir pecah'. Ok, instructor mengarahkan ketika kuda berlari agar berdiri 1 saat, duduk 1 saat, berdiri 1 saat, duduk 1 saat untuk mengurangkan rasa sakit itu. Mulanya berdiri atas kuda pun takut sbb tinggi. Haha. Dan setengah jam pertama itu adalah masa 'derita' disebabkan belum dapat menguasai ritma...

The SOL ParaRiders...

Perkara menakutkan akhirnya berlaku di depan mata. Sedang kami berkejar-kejaran di tepian pantai, seorang kawan terjatuh daripada kuda. Nasib baik terjatuh di atas pasir. Kudanya agak 'moody' dari mula lagi. Dapat dilihat dari mulutnya yg berbuih2 dan 'peel'nya yg macam tak betul je berbanding kuda2 lain. Mgkin terjatuh disebabkan hilang keseimbangan dek kaki tak kekal dlm 'paddle'. Tapi kawan tu mmg fobia nak naik lps tu sbb slps dipujuk2 naik kuda yang lain pun, dia lebih rela berjalan kaki balik semula ke resort yang jaraknya lbh kurang 3 km. Sebenarnya kami semua agak takut melihat kuda itu berlari sekuat2 hati dan cuba utk menendang kuda2 lain menggunakan kedua-dua kaki belakangnya.

Dipendekkan cerita, akhirnya si kawan balik semula ke resort menaiki kereta kuda dan aku mula menguasai ritma menunggang kuda, 1 saat berdiri, 1 saat duduk, 1 saat berdiri, 1 saat duduk. Peluh terasa mengalir kat belakang dan pinggang terasa 1 inci lbh ramping. Kesan jangka pendek akibat menunggang kuda yang dirasai oleh penulis ialah, sakit celah kangkang, sakit kaki dan sakit pinggang. Dan sekiranya aku ditanya , "adakah anda ingin naik kuda lagi?". Jawapannya ialah, "mungkin tidak kot". Haha.

Sebagai penutup, saksikanlah video kami berkuda.

Wednesday, April 6, 2011

Kejayaan anda, kebanggaan kami.

2 April 2010- Majlis Konvokesyen SM Teknik Tawau (SMTT) kali ke-11 telah diadakan.


Warga sekolah amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar lepasan SPM sesi 2010. Inilah kejayaan yang paling membanggakan sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1981 memandangkan peningkatan Gred Purata Sekolah meningkat dari 5.28 pada tahun 2009 kepada 4.40 pada tahun 2010. Pelajar SPM yang mendapat keputusan 5A dan ke atas juga turut meningkat kepada 26 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut seramai 14 pelajar mencapai 5A, 10 orang pelajar mencapai keputusan 6A, dan pencapaian pelajar terbaik diraih oleh dua orang pelajar dengan keputusan 7A. Setinggi-tinggi tahniah buat dua orang pelajar terbaik iaitu Moulana’Aidi bin Jamre dan adik Mohammad Naziruddin bin Sidin. Kedua-duanya dari Kursus 5 PKOM (Pengajian Komputer) kerana segala usaha dan kecekalan mereka akhirnya membuahkan kejayaan yang cemerlang. Dengan keputusan ini, sekolah berada pada tempat yang ke tiga peringkat sekolah-sekolah Zon Daerah Tawau dan mendapat tempat ke empat dari tujuh buah sekolah Menengah Teknik di Negeri Sabah ini.

Kepada anak didik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini, bawalah kecemerlangan sekolah dan amalan murni yang telah diterapkan ke mana sahaja anda pergi. InsyaAllah, berkat doa restu orang tua dan guru-guru semua, anda akan berjaya di kemudian hari.