Friday, March 25, 2011

NAM- Tour of Duty ( Part 2 )

Yeah... Kita bersua kembali. Nam eng (Terima kasih dlm bhs vietnam) kerana masih sudi membaca catatan perjalanan ku ini.

14 Mac 2011, Hari kedua berada di bumi Ho Chi Minh (HCM) dan aku 'ter'makan babi ketika sarapan. Permulaan yg tidak bagus utk hari ini. Nak dijadikan cerita, mmg di meja itu ada bahagian yang berlabel 'Non-Halal'. Dan hirisan bacon ini diletak bersebelahan dengan hirisan keju, bukannya ditempat 'Non-Halal'. Warna bacon di Malaysia agak kemerahan tetapi bacon yg ku terambil berwarna kuning pucat. Ingatkan keju juga... Maklumlah, bila berada di luar negara, biasanya bukan sekadar sejenis keju terhidang, tetapi berjenis2 keju. Apalagi si penggemar keju ini... ambil keju chesdale sekeping dan keju 'kuning pucat' sekeping. Dipendekkan cerita, keju 'kuning pucat' itu diletakkan di dalam croissont. "Uikkkk... pesal tak rasa masin2 mcm keju?. Tp tak juga rasa spt daging". Bila ada pelayan dtg membawakan teh, terus penulis bertanya, "erm...what's this?". "Pork". "What?". "Pork". "Oh, okay". Ermmm....nasib sekali gigit je, tp tak juga penulis muntahkan balik, sbb tak dpt muntahkan memandangkan masa tu perut sgt kosong. Bila dah cerita dan minta pendapat kawan yg Muslim, soalan mereka yg pertama, "Sedap ka?". Hahaha..."Tak juga. Lemak2 sikit". Dan sesungguhnya aku sungguh rasa 'bersalah' hari ini. (Untuk rekod, rasanya ini kali kedua penulis 'ter'mkn sapi kaki pendek dan haiwan hidung penyek itu. Yg pertama ketika bersarapan spagetti di Bali. Hari kedua bersarapan baru teringat yg Balinese tak makan lembu sbb Hindu, sebaliknya ... o oh ). Cukupla stkt ini...

Pagi ini, rombongan bertambah menjadi 13 org, semuanya 'awek'. Kami dibawa ke My Tho City di Mekong Delta seterusnya ke pulau Thai Son untuk melihat gula2 kelapa dibuat, menikmati teh madu dan berhibur dgn lagu tradisional Vietnam Selatan.

Kalau dah rajin, kat mana2 pun ringan tulang. Tak gitu?.

Menyusur sepanjang sungai Mekong menggunakan sampan dan bertopi daun. Wah, sayang seribu kali sayang, "battery exhausted". Nak rakam gmbr sampan2 dgn 'plat number' dan disinilah di antara pit stop The Amazing Race Asia Season 4. Huhu.

Makan tengahari di Restoran Mekong. Sesuai dengan jolokannya, Best In Town-100% Seafood only. Wah, sampai tersandar penulis kekenyangan. Sgt byk dan ohhh...sungguh mama mia. Ada popiah vietnam yg disediakan di depan mata, bebola pulut (sebijik macam bola sepak), mee hoon sup ala vietnam dan macam2 lagilah. Semua mknn dicuba. Dan sekali lagi, sayang seribu kali sayang, "battery exhausted" dan terpaksalah gmbr yg diambil oleh kawan2 dan diupload di FB je yg dipautkan di sini.

Bertolak ke Chu Chi Tunnel dan singgah sebentar ke tempat menghasilan Rice Paper- bahan utama popiah ala vietnam. Perjalanan mengambil masa 2 jam 1/2 dan semua pun kelihatan 'ternganga' dgn mata tertutup di dalam bas. Haha...

Tak sah kunjungan ke Vietnam kalau tidak ke Chu Chi Tunnel ini. Terowong sepanjang kira2 200 km ini bertindak sebagai tempat persembunyian senjata, kanak2 & wanita, 'rawatan', dapur dan pelbagai macam tujuan lagi semasa Perang Vietnam. Lebih mengejutkan penulis ialah, terdapat 3 tingkat terowong dengan fungsi yang berbeza2. Tidak melepaskan peluang, penulis cuba meloloskan badannya melalui pintu masuk terowong dan hasilnya....positif. Ternyata penulis masih lagi selim-melim dan tidak tersangkut pada pintu masuk terowong tersebut. Dah la disaksikan ramai org. Kalau 'sangkut', mana nak letak muka...haha. Kerelaanku mencuba memasuki pintu berdimensi 30 cm x 40 cm ini mdapat tepukan gemuruh dr pelancong2 lain di situ. Huhu. Tekombang kompis idung den ni. Mak aiiihhh....

15 Mac 2011 - Hari keempat dan hari terakhir di sini. Takde program yg remarkable hr ni. Kami cuma dibawa bershopping antaranya ke Minh Phu'o'ng Lacquerware, Hard Rock Cafe, Miss Aodai dan sebagainya. Slps check-out hotel dan mkn tgh hari, jadual free sehingga pukul 4 ptg utk dihantar ke airport. Apalagi, Ben Tanth Market is just walking distance away, penulis dan rakan ingin menghabiskan segala saki baki Dong yg ada. Penulis 'angkat' lagi sutera Vietnam yg sungguh lembut, ringan, sejuk di kulit pada harga RM60 untuk 4 meter dan seunit fridge magnet.

@ Minh Phu'o'ng Lacquerware

Sekian sahajalah catatan penulis untuk kali ini. Bagi pembaca yg berminat untuk melancong ke negara pengeluar beras nombor 1 dunia ini untuk 4h3m, bolehlah menghubungi En. Kelvin Vo di alamat KelvinVo2007@yahoo.com. Sebutkan sahaja nama yg tidak asing ini, Suhaila Subi, dan dia akan bagi harga yg sungguh berpatutan. Beliau merupakan tour guide kami sepanjang berada di sana dan akan membuka tour operator sendiri pada Jun nnt. Sampai jumpa lagi...Bye...

Thursday, March 24, 2011

NAM- Tour of Duty ( Part 1 )

Kpd Norzah, kunjungan ke negara inilah yg dimaksudkan 'menunaikan hajat' diri sendiri dan oleh itu, tidak dapat menunaikan hajat org lain lain khasnya menghadiri jemputan walimatulurus. Harap maklum.
Vietnam Flag

Kunjungan ke Vietnam atau secara rasminya Republik Sosialis Vietnam merupakan negara ke-14 yang dilawati. Bertolak dr LCCT pada jam 6.20 pm pada 12hb Mac dan tiba di Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh 2 jam kemudian. Perbezaan masa cumalah 1 jam lewat berbanding waktu Msia. Kami dibawa makan malam di Halal @ Saigon Restaurant sblm check-in di Kingston Hotel.
Dihadapan Reunification Palace

Keesokannya, 13 Mac, kami seramai 7 orang dibawa melawat Reunification Palace. Memandangkan hari ni hujung minggu, kelihatan begitu ramai rombongan lawatan sambil belajar pelajar2 sekolah ke istana ini. Oleh kerana majoriti kami sedang bercuti sempena cuti sekolah, penulis pun bertanya kepada Kelvin, selaku pemandu pelancong, bila cuti sekolah utk pelajar2 di Vietnam?. Menurut beliau, cuti sekolah cuma sekali setahun, selama 3 bulan bermula pada 19 Mei setiap tahun, bersempena Ho Chi Minh Day. Sesi baru persekolahan akan dibuka pada 5 Sept.

Sama 'cute' je dgn budak2 sekolah. Hehe

Seterusnya kami di bawa menyaksikan Water Puppet Show. Sblm ni, tgk kat Majalah 3 je.

Dance of the water fairies.

Dari sini, kami pergi ke War Remnants Museum menaiki beca. Seorang penumpang untuk sebuah beca. Penulis org yang terakhir dlm konvoi beca itu. Memandangkan setibanya di traffic light lampu bertukar warna ke warna merah, beca yg dinaiki terpaksa berhenti dan ini mengakibatkan penulis terpisah dari konvoi. Rasanya 'abg beca' tu pun mula resah. Langsung tiada komunikasi antara penulis dan 'abg beca' disebabkan faktor bahasa. Selepas dia berhenti di tepi jalan dan membuat panggilan telefon, beberapa minit kemudian, kelihatanlah 6 org yg menaiki beca yg begitu melegakan hati penulis. Sebelum itu, risau juga kalau2 penulis dikidnap oleh 'abg beca'.

Rasanya kalau 'dilarikan' berapa Vietnam Dong diminta sebagai wang tebusan?.

Di War Remnants Museum ini, penulis begitu tersentuh dgn segala bentuk siksaan ke atas mangsa perang. Lebih menyedihkan, 3 juta warga Vietnam terbunuh ( 2 juta daripadanya orang awam), 2 juta orang tercedera dan 300, 000 telah hilang. Penulis terfikir juga, ke mana perimanusiaan mereka yg menyiksa org lain tu ya?. Penulis pun tak sanggup mbayangkan sekiranya berada di tempat mangsa perang itu. Mgkin mati adalah lebih baik dari hidup disiksa.

Gambaran tahanan yg dikurung di "Tiger Cage"

* Berukuran 2.7 m x 1.5 m x 3 m. Tahanan yg ditempatkan di sini adalah yg dianggap 'degil' oleh pihak berkuasa Saigon. Semasa hari panas, seramai 5-14 tahanan akan ditempatkan di satu sel, manakala pada musim sejuk, hanya 1-2 orang sahaja ditempatkan si satu sel.

Seterusnya kami dibawa ke suatu tempat utk Coffee Tasting & Lotus Tea tasting. Tak sedap pun. Tp apa yang menarik perhatian penulis ialah Vietnam Snake Wine dan khasiatnya ... Haha. Asalnya penulis tak perasan pun ular dlm botol ni. Tp, kalau benda2 pelik ni, kwn mesti bagi tau jg. "Su, ko tgk di sana tu". Bila dah tgk ular2 dlm botol tu, penulis dihampiri oleh jurujual. "Don't U want to buy one?". Penulis jawab balik, "What for?". Dia balas, "To make U strong". "Strong?". Pelik... Masih tak paham2 juga, maklumlah, NAIVE. Lps tu dia menunjukkan gmbr yg ini ...

Sila lihat patung llki kat tepi kiri ...WOW, 90 degree

Oohh, "kuat yg ini". Baru penulis paham... Tp buat apa lah penulis membelinya. Dah sah2 ULAR, WINE & utk LELAKI shj...

Matahari pun dah tegak di atas kepala dan perut pun dah mula minta makan. Kami pun dihantar ke Four Season Halal Restaurant. Jalan2 Cari Makan pun dah sampai kat sini. Buktinya tergantung plat kat dinding. Bagaimanapun, makanannya biasa sahaja. Tiada yg spesial pun...


Dan program untuk hari ini berakhir dengan shopping spree kat Ben Thanh Market. Pyalah penulis excited sampaikan tertinggal kamera kat dlm bas. Sebelum ni dgr mcm2 cerita psl pasar ni, psl harga barangnya yg murah. Dan penulis begitu puas bershopping wp dengan hya RM 182 = VND 1, 238,000. (RM1 = VND 6800). Utk hari ni, penulis puas hati yg amat sangat kerana memiliki beg backpack jenama deuter (RM 59 = VND 400,000). Kalau kat Msia, harga beg ni dlm RM400. Oleh kerana mahal, baru sekarang penulis mebelinya. Dan bila tukar ke RM harganya begitu murah, terus dicekup. Dah terbayang2 dlm fikiran penulis, lps ni travel ala2 orang putih dgn menyandang backpack yg separuh dari ketinggiannya...Huhu.

Akan bersambung ...dlm NAM- Tour of Duty ( Part 2 ). Tunggu.....

Thursday, March 10, 2011

Adakah 'aku' atau 'dia' yg termakan pujuk rayu itu?.

Hehehe... Asalnya nak tulis kat status FB, tp terlalu pjglah pulak. Apapun, kejadian hari ni cukup menggeletek hati, sehinggakan pada masa kejadian, aku tak dapat menahan dari tgelak besar.

Begini, tadi ke RHB nak 'terminate' kad kredit. Kad kredit Travel Money sblm ni pun aku guna utk beli tiket online je. Mmg tu je lah fungsinya memandangkan pada masa itu, bank penulis masih lagi di BSN. ( Hahahaha...terus teringat si Jaime. Adakah kau masih berbankkan BSN?. Jwb, jgn tak jwb ). Dan sekarang, sejak beralih arah kepada Maybank, penggunaan Kad Kredit semakin berkurang sbb kad ATM Maybank kan dah boleh auto debit. Jadi, apa perlunya lagi aku menggunakan Kad Kredit?. Menggalakkan aku berhutang je...

Lps isi borang, bayar habis baki yg berjumlah RM 5.97 (mcm mana nak byr jumlah ni kat mesin?), pegawai RHB yg incharge pun memanggil aku. Kononnya, pegawai dari Card Center dr KL nak ckp. Oklah...so perbualan tu lbh kurang berbunyi mcm ni...

Suara halus dan lembut kat talian...
"Ye Cik Suhaila, Cik nak terminate kad ye?. Boleh saya tahu kenapa ya tu Cik?"

Suara biasa2 dan yg tak seberapa halus dan tak seberapa lembut menjawab...
"Ye...sbbnya sy rasa sy tak perlukan lagi kad kredit".

"Kenapa Cik tak perlukan lagi?. Boleh sy tahu?. Kalau ikut rekod kami, Cik selalu beli tiket Air Asia kan?".

"Hahaha...yeah, mmg betul. Tp masa tu sy masih belum ada auto debit Kad. Skrg dah ada, buat apa lagi Kad Kredit?.

"Begini la Cik. Cik jangan terminate, Cik simpan je dulu kad tu...mana tau satu hari ada kecemasan, boleh Cik guna kad ni".

"Hmmm....sy nak terminate juga".

"Tolonglah Cik... jgnlah terminate dulu Kad ni. Cik gunalah untuk isi minyak ke, byr bil ke, apa ke?"

Dlm hati kecil ini berkata2, susah juga paham Bahasa Melayu ppn sorg ni...Aku pun jwb balik,"Adui...bukan main lagi kamu memujuk dan merayu ya spy sy tak terminate kad ni. Haha".

"Okla, sebenarnya apa yg boleh kami buat supaya Cik tak terminate kad ni?".

"Ok, sy tak puas hati bila sy tak minta renew kad, tapi kamu hantar kad baru dan tiba2 pula ada annual fee RM70. Kad tu free kan?. Psl pula bil dtg tiba2, dan minta RM70. Sy nak balik RM70 sy balik".

"Ok, kalau gitu, nnt kami pulangkan balik RM70 Cik Suhaila tu kat bil bulan dpn. Government tax sebanyak RM50 tu pun boleh minta waiver nnt. Cik Suhaila isi je borang. Jd, Cik Suhaila tak de annual fee, tak de government tax. Ok Cik Suhaila?. Asal Cik Suhaila tak terminate kad ni...Cik Suhaila pkila dulu kad tu ya utk sekurang2nya 2 tahun?.

"Ok, kalau macam tu ok".

"Ok Cik Suhaila. Terima kasih ya Cik Suhaila".

Bukannya apa...Aku malas berurusan dgn bank ni, kalau hutang 2,3 sen pun berkira sgt... Bukan tak nak byr tp kalau byr kat mesin, paling kecil pun not RM5 baru diterima. Hantar bil tiap2 bulan. Kalau tak byr, jumlah semakin bertambah sbb interest. Tak nak byr langsung, nama kena black list. Jadi, paling mudah, no string attached. Terminate terus!.

Aku berfikir2 juga, mgkin rekod pbayaran aku bagus, tu sbb 'dia' tak ingin melepaskan aku. Huhu

Skrg, siapa yang termakan pujuk rayu siapa?. 'Aku' atau pun 'dia'?. Haha...