Sunday, August 29, 2010

Kalau dah namanya perempuan....perempuan jugak.

Hmmm...2 hujung minggu kebelakangan ni, penulis sibuk membuat persiapan raya. Sehari sejenis biskut, jadi minggu ni dah masuk 4 jenis biskut yang dah dibuat. Nama2 biskut penulis kurang arif la, tp ada biskut chocolate chips, white chocolate chips, raisin + oat dan cornflakes. Kakak penulis, Kak Uji yang mengadun, penulis tolong mana2 yg patut seperti mem'bentuk' adunan2 tersebut. Hehe.

Dan pagi tadi, kami membuat biskut cornflakes. Penulis membantu memarut kulit limau sunkist,

Kulit limau yg dah diparut + limau yg dah lunyai diparut.


dan mengkepal2 adunan sebelum dimasukkan ke dalam paper cup sblm dibakar di dalam oven.

Hmmm...sbb pencahayaan kot biskut ni mcm nmpk tak masak.

Ni resepinya.

1 kotak kecil Kellogs Cornflakes (diramas...ewwww. Mcm tak biasa kan?).
100 g mentega (lagi afdal kalau guna Dairy Wood Churns Butter. Lemak berkrim disukai ramai).
75 g gula ising.
125 g tepung jagung.
1 biji kuning telur.
2 biji kulit limau oren (tp lg byk lgi sodap. Pastikan tak dipaut sehingga lapisan putih. Pahit nnt adunan tu).
Sedikit esen oren.
Tepung gandum secukupnya.

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega + gula ising.
2. Masukkan telur.
3. Masukkan tepung jagung + kulit limau.
4. Masukkan cornflakes yg dah DIRAMAS.
5. Masukkan tepung gandum secukupnya.

6. Bulat2kan dan masukkan ke dalam paper cup.
7. Bakar di dalam oven ( 170 -180 degree Celcius selama 11 minit. Sblm tu, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu yang sama selama lbh kurang 10 minit. )

Selamat mencuba...


Kalau si Yoyop boleh buat, takkanlah pembaca yg terer tak leh kottttt....Hehehe

Monday, August 16, 2010

Tawau Bumi Peladang

Musim buah tiba lagi. Dan kali ni, buat pertama kalinya, langsat (Lansium Domesticum) berbuah dgn byknya. Dan kehadiran buah yg sangat byk, ranum dan kuning keemasan ini hanya disedari oleh seorang pakcik yang datang melawat, apabila dia merayau2 melihat kebun di belakang rumah. Kalau bukan kerana beliau, tiada siapa sedar akan buah langsat itu dan alamatnya, gugur je la ke bumi apabila tiba masanya.


Gmbr di atas menunjukkan hasil tuaian yg ketiga kalau tak silap. Tak habis makan oooo... Hasil tuaian yg pertama dibahagi2kan sesama keluarga yg juga merupakan jiran2 terdekat, hasil tuaian yg kedua disedekahkan kpd sahabat handai. Dan hasil tuaian ketiga ni belum diusik lagi.

Hmm...nak dijadikan cerita, pokok langsat ni ditanam oleh arwah bapa penulis. Tp sepanjang hayatnya, arwah cuma dapat makan langsat ni sekali, itupun ketika buahnya masih masam dan hanya beberapa biji. Masih lagi penulis ingat, kami berbahagi isi langsat ni seorang seulas. Hahaha...asal semua dpt rasa hasil titik peluhnya ketika itu. Sekarang dia dah tak ada, dan anak cucunya dapat makan dgn sepuas2nya. Alhamdulillah... sekarang buahnya manis sekali. Dan inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah... (chehhh...gaya ckp tu mcm 'dia' je yg tanam. Hehe)

Monday, August 2, 2010

Ninja Ass.ass.ins...

Selama bergelumang hampir 1 bulan menonton wayang hampir setiap malam, akhirnya dapatlah disimpulkan ada 1 movie yang begitu istimewa di hati penulis, bertajuk NINJA ASSASSINS.


Filem ini ke udara Nov 2009. Cerita mengisahkan seorang Ninja, Raizo yang telah berpaling tadah dan diburu oleh puak Ninja Ozuno untuk dihapuskan. Penulis agak ketinggalan sedikit menontonnya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semenjak balik dan berada di kampung halaman ini, kekerapan penulis pergi menonton wayang dalam setahun dapat dihitung dengan sebelah tangan sahaja. Lainlah semasa duduk di JB dulu, setiap hujung minggu, wajib tgk satu.

Oh ya. Dari saat pertama tgk intro wayang ni, mata tak berkelip dan nafas tertahan. Wow!. Kesan visual sungguh mengkagumkan. Dan, perkara ini berterusan sehingga 99 minit. Aksi tak putus2.


Dan daripada 5 bintang, penulis memberikan 4.5. Di mana yang 0.5 tu?. Kekurangan terletak pada mata sepet heronya, iaitu RAIN. Kalau matanya tak sepet dan berkelopak, WOW, dapat 5 stars tu. Dan sebaik selesai menonton, segera penulis google RAIN. Hmmm...Icon GAY?. Whatever la. Apapun, filem ini tidak sesuai utk yang lemah semangat dan ibu mengandung. ;-P

Perggghhhh...ni yg tak tahan tgk ni...