Friday, September 25, 2009

Kerana Diriku Begitu Berharga...

Kerana diriku begitu berharga, maka layaklah ia diberikan ganjaran. Ganjaran pertama berupa kasut hitam Moreal berharga RM169.90 dan selepas diskaun 15%, harga barunya RM 144.40. Apa yang bagusnya jenama ni?. Sangat selesa di kaki. Dijamin kaki tidak akan melecet wp kasut dipakai pertama kali.


Ganjaran kedua berupa handbag Sembonia Flower Hobo asalnya berharga RM200 dan dijual pada harga RM150 dan dibeli daripada mudah.my. Menurut empunya tas tangan ini, ia belum lagi dipakai wp sekali dan merupakan hadiah dari kakaknya. Mengapa dijual?. Kerana she's not the flowery type.

Ganjaran ketiga merupakan rawatan Manicure & Pedicure. Sbnrnya baru hari ni berkesempatan mbuat rawatan kuku kaki dan tangan ini. Nak buat sblm raya, alahai...tak laratlah akak driving dgn jalan yg jammed dan panas terik serta berjerebu. Puas hati bila menatap jari jemari yg bebas kutikel, kuku yg berkilat dan kemerahjambuan. Awww!!!

Sebenarnya, semua ni persediaan untuk penyampaian APC nnt, di samping persediaan untuk menghadiri majlis kahwin seorang sahabat baik, Mejar(to be) Anijah Bte Miril serta rebranding and repackaging sebelum reunion dgn pakar Omega-3, Cik Jaime Yeoh. Dan sebenarnya, senarai ganjaran untuk empunya diri ini tidak akan terhenti KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA.

Tuesday, September 22, 2009

Dilema Seorang Andalusia!!!


Sehari sebelum Raya (18 Sept 2009)

Hari ni cuti sekolah sdh pun bermula. Jd, aku mengambil kesempatan untuk pergi ke kubur arwah bapa untuk menghadiahkan Yaasin. Timbul rasa insaf kerana suatu hari aku juga akan "pergi".

Hari Raya Pertama (19 September 2009)
Rasa keterujaan menyambut raya semakin pudar. Mungkin disebabkan oleh pertambahan usia. Baju raya pun tak ada. Hari ni buat pertama kalinya aku bersarapan pagi dengan Nescafe panas selepas sebulan tidak meneguk minuman favourite ini. Wow!!! Nikmat tak terhingga. Maklumlah, masa bersungkai menghantam minuman berais. Haus oooo selepas seharian menahan dahaga.

Barisan blkg kiri: Anne(isteri Wan), Boy, Ipi, Mizi, Rayhan(anak Anne) dan Seiko.
Barisan dpn kiri: Datin S, Dada, Aunty Tijah, Nana, Mimi dan Memek.

Pagi ini, kesempatan bergambar bersama pakcik Mail a.k.a Seiko diambil. Maklumlah, bukannya selalu dia datang beraya di sini memandangkan sekarang dia bekerja di Limbang manakala isterinya, aunty Tijah bekerja di KK. Malangnya, tidak semua ada kat sini. Tak kisah lah dorg tak ada. Yg penting, America's Next Top Model mesti ada. U-no-hu. Hehehe.

Selepas selesai bermaaf2an di rumah, barulah pergi beraya ke rumah keluarga terdekat.

Hari Raya Kedua (20 Sept 2009)
Nothing Special. Tak pakai baju kurung pun sepanjang hari. Tertanya2, adakah kunjungan dari orang yg dinanti2. HAMPEH!!!. So I made up my mind. Enough is enough. Kpd org yg terdekat (kak Sri Siantan Jaime ataupun rakan sepanjang hayat-Min), nnt I cerita lbh lanjut. Kat sini terlalu umum dan tak sesuai. I cuma nak meluah apa yg terbuku di hati. And I really need a shoulder to cry on. Sob..sob..sob...

Hari ni juga main mercun buat pertama kalinya selepas sekian lama. Best pulak!. Terasa menjadi kanak2 semula. Dan percaya atau tidak, just to kill the time, I checked the trial exam paper, and it's done!

Hari Raya Ketiga (21 Sept 2009)
Tak de jg yg signifikan utk dikongsi bersama ttp malamnya kami buat barbeku. Ada jemputan rumah terbuka, tp MALAS nak pegi sbb takde kawan. Jd, sebenarnya inilah dilema yg menghantui diri.


Menu malam ni, sayap ayam panggang bermadu, mashed potato, chicken chopped, ikan bakar, pari bakar, kerabu mangga, nasi putih dll. Teringat Jaime dan Suna ketika makan chicken chopped. Kuahnya, oh SO HEAVEN (Inilah kata2 yg selalu digunakan oleh pencinta makanan tegar yg disebutkan sebelum ini) Hahaha. Memang selera makan kamu dua mmg OUTSTANDING!.

Got to go. Nak tgk TV jap. Choww!!!

Saturday, September 19, 2009

Andai Hidup Tak Punya Cinta

Gembira mendengar pengishtiharan pemegang mohor besar Raja2 bahawa hari ahad bersamaan 20 Sept, adalah hari raya. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Seperti tahun2 sebelumnya, aku tidak berasa teruja. Biasa je. Jiwa terasa kosong. Mungkin disebabkan menyambut raya tanpa ayahanda tersayang?. Mungkin juga disebabkan zahir tak terucap?. Mungkin juga disambut tanpa insan tersayang?.

Andai hidup tak punya cinta,
Pada bangsa mahupun wanita,
Hidup tidak punya ertinya,
Kenikmatan tidak dirasa.

Bila direnung kembali, mmg benarlah bait2 lagu di atas. Wp luaran nampak ceria, tapi di dalam siapa yang tahu?. Mudah2n, doa sepanjang bulan Ramadhan, dimakbulkan. Bukannya kerana mempersoalkan qada' dan qadar, (tidak sekali-kali) tapi nampaknya aku diuji dari segi "ini." Yang lain semuanya seperti tidak bermasalah, tapi tidak yang "ini". Puas merefleksi diri, tapi masih belum bertemu jawapan. Puas mencari serata dunia, namun masih belum berjumpa. Minda sentiasa fikir positif, tapi kadang2 tewas juga. Sedih, apakan daya, semuanya bukan di dalam kawalan.

Buat rakan2 seangkatan (khas untuk Jaime, Suna dan Yasmin), janganlah menjadikan seribu kelebihan anda menenggalami kekurangan yang satu.

Sunday, September 13, 2009

Planet of the Apes!


Sesi mencari kutu

Penaklukan monyet kembali lagi kebelakangan ini. Kedatangan yang tidak dialu-alukan itu sekadar merosakkan buah2n- rambutan, mangga, nenas dll. Kegilaan monyet2 ini terhenti beberapa tahun lepas akibat salah seekor ahli mereka ditembak menggunakan senapang patah, tepat mengenai kepala. Terbit rasa kasihan di kala melihat monyet yg ditembak itu menghadapi sakaratul maut. Berombak dadanya cuba bernafas. Terkumat-kamit mulutnya cuba mengucap. Tp bila mengenangkan perbuatan mereka yg melampau, hati kecil berkata, "padan muka. Rasain lu!".

Akulah makhluk Tuhan, yg tercipta, yang paling seksi.

Wednesday, September 9, 2009

ALLAH peduli!

Mcm tajuk lagu Agnes Monica yg kontroversi tu pula kan?. Mmg ngam habislah dengan cerita entri kali ni.

Khamis lps, semasa Morning Prayer, aku diumumkan sbg salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Sebelum ni, ramai yg kata, "kalau pandai kipas bos, senanglah dapat". Dan kenyataannya, aku bukan jenis yg suka mengampu. Tak kiralah siapa bosnya, kerja tetap sama. Bak kata Pak Lah, "Bekerja bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya". Sememangnya aku layak menerima APC ini. Mmg kadang2 terasa tekanannya, tapi dah namanya kerja kan?. Dan kerajaan membayar anda untuk itu. Dan sebaik menerima berita baik ini, aku rasa gembira dan bersyukur kerana keikhlasan dan penat bekerja, diberikan ganjaran. Sesungguhnya, ALLAH peduli kepadaku.

Majlis penyampaian APC akan berlangsung pada Oktober nanti. Dan habuan untuk anugerah ini ialah RM 1k. Selepas ini, aku akan cuba memohon untuk jawatan Guru Cemerlang pula. InsyaAllah, tawaran permohonan dibuka tahun depan. Dan mudah2n, aku dapat jawatan itu. Amin...

Kepada pembaca entri sekalian, sekiranya anda menghadapi situasi yang sukar, mohonlah pertolongan kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH peduli. Cuma doa anda itu dikabulkan samada lambat atau cepat sahaja. Ingatlah, always give the best and the best will come back to you.